Pemain berusia 18 tahun jelaskan mengapa dia menolak Manchester United untuk Arsenal.

Karl Jakob Hein

Manchester United terlepas lagi.

Mempunyai dua cap untuk skuad B21 Estonia walaupun baru berusia 18 tahun, Karl Jakob Hein merupakan pemain yang menjadi sebutan di negara asalnya.

Lebih-lebih lagi dia sudah berada di kelab besar Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal.

Hein menyertai Arsenal pada tahun 2018 dari Nomme United dengan perpindahan percuma.

Dan semenjak itu, dia telah bermain untuk The Gunners di peringkat B18 dan B23, menunjukkan bahawa bakatnya telah mengatasi usianya.

Bakat yang dimilikinya menjadi tarikan dan beberapa kelab besar Eropah mengejarnya sebelum dia berpindah ke Emirates, termasuklah Manchester United yang berhasrat menandatanganinya.

Dalam temu bual bersama Estonia FA, Hein mengingati kembali apa yang dia rasakan ketika diberitahu bahawa Setan Merah berminat untuk menandatanganinya.

Dia berkata: “Tawaran Manchester United sangat mengejutkan.

“Kerana ia adalah sebuah kelab besar dan saya mengagumi Edwin Van der Sar dan pasukan mereka tahun 2008, yang videonya saya tonton di YouTube.

“Oleh itu, pada mulanya, agak sukar untuk percaya bahawa saya berpeluang menyertai ke kelab itu. “

Namun, pada akhirnya, dia memutuskan untuk menyertai ke Arsenal bagi meneruskan kariernya berbanding pergi ke utara England.

Kenapa?

Dia menjelaskan: “Saya pergi ke setiap kelab untuk menunjukkan kebolehan saya.

“Saya berada di United selama tiga hari, di kelab lain sedikit lebih lama.

“Tanggapan pertama mungkin kurang jelas, tetapi pada saya disiplin dan pihak organisasi, serta perincian lain, berada di tahap yang lebih tinggi di Arsenal.

“Di Manchester, misalnya, pengangkutan selalu lambat, itulah sebabnya saya terlambat menjalani latihan.

“Sambutan di Arsenal sangat ramah dan kelab meninggalkan kesan yang sangat baik, kerana, sejujurnya, tidak ada perbezaan dari segi tahap kerana Arsenal dan United adalah antara yang teratas di dunia. “

Hein juga mendedahkan jalannya untuk membarisi pasukan kebangsaan ‘lebih logik’ di Arsenal, kerana pasukan B23 The Gunners berada di peringkat teratas, sementara Manchester United tidak.

Selain itu dan mungkin yang paling penting adalah, ‘lebih mudah untuk pulang ke kampung dari London’.

Ini bukanlah kali pertama kita mendengar kisah Manchester United terlepas peluang menandatangani pemain berbakat, sebelum ini mereka juga terlepas peluang untuk menandatangani Gabriel Martinelli.

Rekod penampilan bersama Arsenal semenjak menyertai kelab pada Julai 2018:

Skuad Penampilan Jumlah bolos Clean Sheets
Arsenal FC U23 11 19 1
Arsenal FC U18 8 12 1
About MyGooners 861 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment