Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Pemain bolasepak Turki mengaku membunuh anaknya sendiri

Published

on

Pemain berusia 33 tahun itu dikatakan telah melemaskan anaknya sehingga mati menggunakan bantal.

Bekas pemain bolasepak liga tertinggi Turki ini mengaku membunuh anak lelakinya yang berusia 5 tahun, 11 hari selepas kematian kanak-kanak itu disahkan atas sebab semulajadi.

Cevher Toktas, 33, telah membawa anaknya Kasim ke hospital pada 23 April selepas mengalami batuk dan demam panas, dan kedua-dua mereka telah dikuarantin selepas menunjukkan simptom biasa virus corona.

Advertisement

Beberapa jam kemudian pada hari yang sama, Toktas memanggil doktor ke bilik rawatan anaknya mengatakan anaknya mengalami masalah pernafasan. Kanak-kanak itu terus dibawa ke unit rawatan rapi, tetapi sudah meninggal dunia.

Laporan di Turki mengatakan Toktas sudah menyerah diri kepada balai polis Carsi, dan memberikan kenyataan yang dirinya tidak pernah menyayangi anaknya itu dan membunuhnya di hospital.

Kenyataan rasmi daripad Toktas, yang diberikan oleh Bursa Pejabat Pendakwa, dibawa: “Saya menekan sebiji bantal ke atas anak saya yang pada ketika itu sedang meniarap. Saya menekan bantal itu tanpa mengangkatnya selama 15 minit. Anak saya sedang bergelut pada ketika itu. Saya mengangkat bantal itu selepas dia berhenti bergerak. Kemudian saya menjerit memanggil doktor untuk membantu mengelak sebarang kesangsian terhadap saya.

“Saya tidak pernah menyayangi anak saya ini sejak dia dilahirkan. Saya tidak tahu kenapa saya tidak sayangkan dia. Hanya satu sebab saya membunuh dia pada hari itu kerana saya tidak sukakan dia. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah mental.”

Advertisement

Toktas, dikatakan telah menyerah diri selepas berasa menyesal atas tindakannya itu, telah ditahan dan menunggu perbicaraan, sementara jenazah anaknya sudah digali semula untuk dilakukan autopsi baru.

Sehari sebelum mengaku membunuh anaknya, Toktas telah memuat naik gambar kubur Kasim di laman Facebook miliknya, dengan ayat: “Jangan bergantung kepada dunia.”

Cevher Toktas memuat naik gambar kubur anaknya di Facebook.

Toktas bermain sebagai pemain pertahanan tengah untuk Bursa Yildirimspor di Liga Amatur Wilayah Turki, peringkat lima bolasepak negara itu.

Dia juga bermain dengan beberapa buah kelab lain di Turki, dan telah bermain satu musim Super Lig – liga tertinggi bolasepak Turki – bersama Hacettepe SK musim 2008/09.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply