Pemain-pemain Liga Perdana Inggeris bagaikan ‘tikus makmal’.

Pemain pertahanan England, Danny Rose mendakwa pemain diperlakukan seperti ‘tikus makmal’ selepas Watford dan Burnley menjadi antara kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang termasuk dalam enam kes positif COVID-19.

Pasukan memulakan latihan mengikut penjarakan sosial dalam kumpulan kecil minggu ini, tetapi beberapa bintang EPL meluahkan kebimbangan mengenai rancangan untuk meneruskan musim ini.

EPL melakukan 748 ujian ke atas pemain dan kakitangan pada Ahad dan Isnin sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk memulakan semula saingan pada Jun.

Penolong Pengurus Burnley, Ian Woan, seorang pemain Watford yang tidak dinamakan dan dua kakitangan Vicarage Road didapati positif dalam kumpulan pertama pemeriksaan perubatan.

Walaupun jumlah kes positif agak rendah, Rose bersama kapten Watford, Troy Deeney dan gandingan Manchester City, Sergio Aguero dan Raheem Sterling menyuarakan mengenai potensi risiko kesihatan membelenggu ‘Projek Restart’.

Rose yang ketika ini dipinjamkan Newcastle United daripada Tottenham Hotspur berkata: “Orang mencadangkan kita harus kembali ke bola sepak, kami seperti tikus makmal.

“Kita akan melakukan eksperimen fasa ini dan melihat sama ada ia berfungsi atau tidak.

“Saya hanya boleh bayangkan orang di rumah dan berkata, ‘mereka mendapat sejumlah wang, jadi mereka harus kembali (beraksi)’.

“Adakah ia tidak bernilai? Saya boleh jadikan risiko kesihatan saya untuk hiburan masyarakat dan itu bukan satu tindakan yang saya mahu terbabit sama.”

About MyGooners 882 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment