Pemain pertahanan Morecambe meninggal dunia pada usia 23 tahun

Christian Mbulu

Pemain pertahanan tengah Inggeris, Christian Mbulu telah meninggal dunia semalam pada usia 23 tahun.

Dia memulakan karier pemain bola sepak profesional bersama Millwall pada 2017, dan pernah juga sertai kelab Braintree, Motherwell, Crewe Alexandra, dan Morecambe.

Kelab League Two, Morecambe merupakan kelab terakhirnya sebelum pemergian mengejut ini, yang dia sertai pada Januari 2020 setelah dilepaskan Crewe Alexandra.

Dia membuat debut Morecambe dalam kemenangan 2-0 ke atas Wallsall awal tahun ini, dan menambah lagi dua penampilan untuk kelab selepas itu.

Morecambe telah mengeluarkan satu kenyataan yang dibaca: “Kami semua di Morecambe FC sangat sedih selepas mengetahui Christian telah meninggal dunia dan kami mahu menyampaikan sedalam-dalam rasa simpati ke atas keluarga dan rakan-rakannya di saat menyedihkan ini.

“Dia baru berusia 23 tahun dan berita pemergian dirinya yang secara tiba-tiba sangat mengejutkan kami semua. Christian telah hadir ke kelab pada Januari lalu dan telah membuktikan dirinya adalah pemain yang sangat dikenali di dalam skuad.

“Kehilangannya sangat dirasai oleh mereka yang berkesempatan untuk mengenali dirinya. Pihak kelab meminta semua orang untuk menghormati masa peribadi Christian buat masa ini.”

Pengerusi Motherwell Jim McMahon berkata: “Kami terkejut mengetahui berita kematian Christian.

“Dia merupakan seorang pemuda yang ramah, menyenangkan dan berdedikasi yang kami suka apabila dia berada di Fir Park.

“Fikiran kami bersama keluarganya sepanjang masa yang sukar ini. Kami harap ruang peribadi mereka dihormati oleh semua orang sedang mereka cuba untuk mengatasi kehilangan ini.”

Be the first to comment