Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Pemain tengah Atalanta Andrea Rinaldi meninggal dunia akibat alami aneurisma otak

Published

on

Tragedi menimpa Atalanta apabila pemain tengah Andrea Rinaldi meninggal dunia pada usia 19 tahun selepas menderita aneurisma otak di kediamannya pada hari Jumaat.

Pemain remaja ini sedang mematuhi perintah berkurung negaranya akibat COVID-19 dan sedang berlatih di kediamannya ketika dia mula sakit kritikal pada hari Jumaat.

Rinaldi, yang dipinjamkan oleh Atalanta ke pasukan divisyen keempat Itali Legnano, telah dibawa ke hospital di Varese di mana dia meninggal dunia pada hari Isnin.

Advertisement

Satu kenyataan Atalanta dibaca: ‘Seperti di atas padang, anda yang paling terakhir untuk menyerah kalah, kali ini anda telah berjuang dengan segala kekuatan anda untuk tidak pergi lebih awal – tetapi semua senyuman anda akan terus mekar di hati mereka yang bertuah pernah bertemu dengan anda.’

Legnano mengesahkan punca kematian adalah aneurisma dan mereka telah memberikan penghormatan penuh emosi kepada Rinaldi, seorang yang mereka gambarkan sebagai ‘budak emas’.

Andrea Rinaldi beraksi untuk Atalanta

‘AC Legnano, bandar ini dan seluruh dunia bolasepak, di semua peringkat, hidup di salah satu hari paling menyedihkan,’ mula satu kenyataan.

“Andrea Rinaldi, pahlawan kami, telah meninggalkan kita.

“Aneurisma telah meragutnya di puncak kehidupan, dengan kehidupan yang menantinya dan karier yang dijanjikan dengan sasaran-sasaran yang cerah.

Advertisement

“Tragedi yang tiba-tiba dan mengejutkan, sukar untuk dibayangkan.”

Andrea Rinaldi beraksi untuk AC Legnano

Rinaldi hadir dari akademi remaja Atalanta setelah menyertai kelab yang berpusat di Bergamo ini pada usia 13 tahun.

Pada 2016, dia merupakan sebahgian dari skuad yang memenangi kejuaraan liga bawah 17 tahun dan Piala Super.

Pada permulaan karier bolasepak seniornya, Rinaldi menghabiskan musim lepas sebagai pemain pinjaman di Imolese (Serie C) dan Mezzolara (Serie D) sebelum menyertai Legnano pada 2019/20.

Pemain tengah ini membuat 23 penampilan untuk pasukan divisyen keempat ini pada musim ini, menjaringkan satu gol, dan pengerusi kelab Giovanni Munafo menggambarkan Rinaldi sebagai ‘budak luar biasa’ yang mempunyai semangat ‘pahlawan’.

Advertisement

“Apabila Andrea datang ke sesi latihan, dia yang pertama menegur saya. Inilah memori yang saya akan bawa di dalam hati,” kata Munafo menerusi Goal.

“Seorang budak yang luar biasa, menjadi contoh kepada semua orang.

“Bagi pihak kelab, saya menyampaikan sedalam-dalam ucapan takziah kepada keluarganya.

“Kami pasti Andrea, dari atas sana, akan terus menjadi pahlawan seperti selalu, yang berjuang di tengah-tengah padang untuk memberikan kegembiraan kepada peminat-peminat Legnano.”

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply