Pengalaman perit Mario Balotelli semasa tempoh perintah berkurung Itali

Brescia
Mario Balotelli

Mario Balotelli membuka cerita bagaimana dirinya bergelut semasa tempoh perintah berkurung di Itali.

Dia berjenaka yang dirinya ‘makan kadbod pada tiga hari pertama.’

Balotelli dijangka akan kembali sertai sesi latihan berkumpulan bersama rakan-rakan sepasukannya di Brescia bermula 18 Mei dengan Serie A merancang untuk memulakan kembali perlawanan pada 13 Jun.

Dengan perlawanan-perlawanan bolasepak digantung sejak pertengahan Mac lalu, bekas penyerang Liverpool dan Manchester City ini mengakui dia mungkin sedikit ‘berkarat’ apabila dia kembali bermain di atas padang.

‘Kalau kamu menghantar bola kepada saya sekarang, saya mungkin tidak dapat mengawalnya dengan sentuhan pertama. Sudah dua bulan sejak saya menyentuh bolasepak.’ dia memberitahu bekas rakan sepasukannya Alessandro Matri dalam sesi perbualan secara langsung di Instangram.

‘Saya hampir kurang waras sejak beberapa minggu lepas, kerana saya keseorangan.

‘Anak perempuan saya di Naples, anak lelaki saya di Zurich, ibu saya sudah dalam jangka usia yang memerlukan perlindungan, dan abang adik saya sedang dalam kuarantin bersama anak-anak mereka, jadi saya ditinggalkan berseorangan. Ia sangat sukar.

‘Mustahil untuk berlatih dengan betul jika anda tidak mempunyai mesin berlari, dan saya pergi ke taman berhampiran untuk melakukan sedikit larian walaupun ianya tidak dibenar.’

Bekas pemain antarabangsa Itali ini mendedahkan bahagian paling teruk semasa perintah berkurung adalah dia terpaksa memasak sendiri, dan dia terpaksa menggunakan khidmat membungkus makanan [hantar ke rumah].

‘Saya memakan kadbod dan cuba menggigit sedikit dinding pada tiga hari pertama, kerana saya tidak boleh memasak apa-apa. Saya bernasib baik kemudiannya kerana dapat membuat pesanan makanan hantar ke rumah.’

Be the first to comment