Connect with us

Bundesliga

Pengurus Augsburg akan terlepas aksi sulung menentang Wolfsburg selepas melanggar perintah kuarantin

Published

on

Pengurus Augsburg Heiko Herrlich akan terlepas perlawanan pertama pasukannya apabila Bundesliga bersambung pada hari Sabtu ini, kerana dia melanggar peraturan kuarantin.

Herrlich bercakap pada hari Khamis yang dia meninggalkan hotel pasukan sebentar untuk pergi ke pasaraya untuk mencari dan membeli ubat gigi dan krim kulit.

Beberapa jam kemudian, dia mengesahkan dia akan terlepas perlawanan hari Sabtu ini, berkata: “Dalam situasi ini saya tidak berada di posisi saya sebagai model contoh untuk pasukan saya dan masyarakat awam.

Advertisement

Perlawanan menentang Wolfsburg merupakan perlawanan pertama Herrlich sebagai pengurus Augsburg, yang kini menghuni tangga ke-14 liga.

Dia dilantik pada bulan Mac tetapi masih belum mengendalikan pasukan dalam perlawanan, kerana liga telah digantung akibat pandemik virus corona.

Augsburg berkata Herrlich hanya akan kembali mengendalikan sesi latihan selepas dua kali negatif ujian virus corona.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply