Penyerang veteran Aritz Aduriz bersara sebagai pemain bolasepak

Athletic Bilbao
Aritz Aduriz

Penyerang Athletic Bilbao Aritz Aduriz Zubeldia telah mengumumkan persaraannya dari bola sepak.

Pemain berusia 39 tahun ini telah memberitahu di sosial media yang dia membuat keputusan ini setelah para doktor menasihatinya untuk menjalani pembedahan menggantikan pinggul.

“Masanya sudah tiba,” permulaan pesanan Aduriz.

“Sudah banyak kali saya katakan yang bolasepak akan meninggalkan anda sebelum anda.

“Semalam, doktor-doktor memberitahu saya untuk berjumpa doktor bedah, sama ada sekarang atau di kemudian hari, untuk mendapatkan prostetik menggantikan pinggul saya untuk meneruskan kehidupan seharian saya, senormal mungkin.

“Malangnya, badan saya berkata ‘sudah lah tu’.

“Saya tidak boleh membantu rakan sepasukan saya seperti yang saya mahukan, juga seperti yang mereka berhak dapatkannya.

“Inilah kehidupan atlit profesional. Mudah, sangat mudah.”

Ucapan persaraan Aritz Aduriz dalam media sosialnya.

Aduriz telah berniat untuk menjadikan musim 2019/20 adalah musim terakhirnya sebagai pemain bolasepak, dan dia berpeluang untuk mendapatkan upacara perpisahan yang hebat, dengan Athletic akan bertemu Real Sociedad dalam perlawanan akhir Copa del Rey.

Walaubagaimanapun, penggantungan musim bola sepak kerana wabak virus corona bermakna tiada kepastian bola, atau adakah perlawanan akhir itu dapat dimainkan.

“Malangnya, kita meneruskan hidup menerusi situasi-situasi yang lebih suram dan menyakitkan; wabak ini yang telah menderitakan kita telah meninggalkan kemusnahan yang tidak boleh diperbaiki dan kita harus terus melawannya, bersama,” katanya.

“Oleh sebab itu, saya tidak mahu kamu risaukan saya, ini hanyalah anecdote.

“Mari kita lupakan perlawanan akhir yang kita impikan, kerana kita akan ada masa untuk mengucapkan selamat tinggal.

“Dan ya, masa sudah tiba untuk mengucapkan selamat tinggal, dan inilah bagaimana perjalanan saya berakhir – tidak dapat dilupakan dan menakjubkan, dari mula hingga akhir.

“Terima kasih, dari sedalam-dalam hati saya.”

Aduriz memulakan karier seniornya bersama Athletic tetapi pernah juga bermain bersama Real Valladolid, Real Mallorca, dan Valencia.

Dia merupakan pemain yang ‘lambat matang’ dalam bola sepak senior, dia tidak sertai Athletic sehingga dia berusia 19 tahun dan bermain bolasepak terbaiknya ketika berusia 30-an.

Dia memenangi cap antarabangsa pertama Sepanyol pada 2010 sebelum menerima kembali panggilan enam tahun kemudian pada usia 35 tahun, mendapat tempat dalam skuad Sepanyol pimpinan Vicente del Bosque ke kejohanan Euro 2006.

Gaya lipatan menarik Aritz Aduriz menjaringkan gol tunggal dan kemenangan Athletic Bilbao ke atas Barcelona.

Selepas membuat keputusan untuk mengakhiri karier selepas 2019/20, dia memulakan musim dengan menjaringkan gol lipat cantik untuk membantu pasukannya menang 1-0 ke atas Barcelona di San Mames pada Ogoos lepas.

Dengan itu, dia menjadi pemain lain selain Lionel Messi menjaringkan dalam 15 musim La Liga berturut-turut.

Tetapi dia hanya bermain lagi 13 kali perlawanan La Liga – semua sebagai pemain simpanan – dan tidak berjaya menjaringkan gol lagi.

Be the first to comment