Perpindahan Partey ke Arsenal hanya akan menghancurkan kariernya.

Thomas Partey

Thomas Partey diberi amaran bahawa dia ‘boleh menghancurkan kariernya’ dengan melakukan perpindahan ke Arsenal.

Bintang Atletico Madrid, Partey dikatakan menjadi sasaran The Gunners pada jendela perpindahan musim panas ini.

Malah pemain itu juga berada dalam radar Man Utd dan Chelsea, tetapi dia telah dinasihatkan agar tidak mengabaikan La Liga untuk berpindah ke Liga Perdana.

Partey telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates dan dilaporkan telah memberitahu rakan-rakannya bahawa dia ingin menyertai The Gunners.

Selain Man Utd dan Chelsea, pemain tengah bertahan itu juga dipercayai menjadi sasaran Juventus dan Inter Milan.

Namun Partey telah diberikan amaran bahawa dia ‘boleh menghancurkan kariernya’ sekiranya berpindah ke Liga Perdana Inggeris dengan menyertai Arsenal pada musim panas ini.

Partey telah dinasihatkan oleh rakan senegaranya, Nii Lamptey untuk terus mengembangkan kariernya di La Liga, dengan bekas pemain tengah Aston Villa itu memberi amaran bahawa kariernya ‘mungkin hancur sekiranya mengambil keputusan salah’.

Negara dan liga yang akan dipilihnya, akan menentukan masa depannya,” kata Lamptey kepada Ocean 1 TV.

Saya akan menasihatinya untuk tinggal di Sepanyol daripada pergi ke England atau Itali.

Sesuai gaya permainannya, dia dapat bergerak [berpindah] di dalam Sepanyol dan bergabung dengan kelab teratas lain daripada memberi perhatian pada keuntungan [gaji tinggi] untuk keluar dari negara ini kerana itu dapat ‘membunuh diri‘.”

Amaran Lamptey itu adalah berdasarkan pengalamannya, setelah membuat perpindahan yang gagal ke Liga Perdana apabila menyertai Aston Villa pada pertengahan 1990-an.

Nii Lamptey menyertai Aston Villa secara pinjama pada 1994–1995

Bekas pemain tengah Ghana itu menyertai Villa secara pinjaman dari Anderlecht pada musim 1994/95, tetapi hanya berjaya membuat 10 penampilan sahaja.

Kadang kala, membuat keputusan boleh merosakkan karier anda,” katanya.

Perpindahan saya ke England adalah satu kesilapan bagi saya.

Aston Villa adalah langkah yang salah kerana gaya permainan mereka tidak sesuai dengan saya.

Sekiranya saya pergi ke Perancis atau Sepanyol pada masa itu, ia pasti akan membantu karier saya menjadi lebih baik, berbanding pergi ke England.”

Partey telah menjadi pemain utama bagi Atletico musim ini dengan membuat 24 penampilan dari 27 perlawanan La Liga dan juga lapan perlawanan Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 26 tahun itu mempunyai klausa pelepasan 43 juta pound, yang mungkin sukar dibayar oleh Arsenal berdasarkan situasi kewangan semasa kelab.

Namun, sekiranya kesepakatan tidak dapat dicapai menggunakan klausa pelepasan pemain, kedua-dua kelab boleh mempertimbangkan perjanjian pertukaran, dengan kelab Sepanyol itu berminat terhadap penyerang The Gunners, Alexandre Lacazette.

Adakah Arsenal sedia mengorbankan Lacazette untuk mendapatkan Partey?

Yang jelas, amaran Lamptey itu adalah pendapat peribadinya yang gagal sebelum ini untuk mencipta nama dan karier di England.

Namun, ini juga tidak bermakna setiap pemain Ghana juga akan menerima nasib sepertinya, gagal mengikuti rentak dan corak permainan Liga Inggeris.

Michael Essien, adik beradik Ayew dan beberapa pemain lain dari Ghana merupakan antara pemain dari negara tersebut yang berjaya mengukir nama di Liga Perdana Inggeris.

Lamptey mungkin satu-satunya pemain Ghana yang gagal dalam percubaannya di Liga Perdana Inggeris (EPL), namun ia tidak bermakna Partey juga akan gagal.

Mungkin Partey berjaya mengikuti jejak langkah Essien.

Andre Ayew dan Jordan Ayew

Berbalik kepada Partey, sekiranya dia menyertai Arsenal, kariernya mungkin akan berkembang maju.

Ini kerana dia menyertai sebuah kelab yang lebih besar.

Walaupun tidak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara, namun Arsenal adalah jenama global lebih besar dan hebat daripada Atletico dan EPL juga merupakan liga paling popular di dunia.

Di Arsenal, Partey akan menjadi lebih terkenal, baik di Ghana mahupun di seluruh dunia.

Dan dia juga akan lebih dihormati serta kedudukannya bersama pasukan kebangsaan Ghana juga akan menjadi lebih penting.

Mungkin akan menjadi kapten pasukan kebangsaan pada masa depan.

Lamptey berada dalam kedudukan yang tidak tepat untuk menasihati Partey, memandangkan beliau hanya menyertai EPL secara pinjaman.

Namun begitu, harus diingat juga, Arsenal sebelum ini pernah memiliki pemain Ghana, namun situasi pemain tersebut sedikit berbeza dengan Partey.

Emmanuel Frimpong, 28 tahun, pernah bersama The Gunners satu ketika dahulu.

Namun, Frimpong menyertai Arsenal pada usia kanak-kanak (sembilan tahun ketika itu) dan dia bermula di akademi The Gunners.

Manakala Partey pula merupakan pemain matang jika dibandingkan dengan Frimpong.

Emmanuel Frimpong menyertai akademi Arsenal pada 2001-2011 dan pada 2011 dia disenaraikan dalam skuad utama The Gunners (2011–2014)

Begitu juga dengan seorang lagi pemain Arsenal dari Ghana, Quincy Owusu-Abeyie.

Owusu-Abeyie pula lebih berbeza jika dibandingkan dengan Frimpong, dimana beliau dilahirkan di Belanda dan mempunyai pertalian Ghana melalui ibubapanya.

Dan itu juga mungkin menyebab Owusu-Abeyie tidak boleh dianggap sebagai ‘pemain Ghana’.

Pemain ini juga dibawa masuk menyertai skuad akademi Arsenal pada 2002 dan pada 2003, dia bermain bersama skuad utama The Gunners.

Owusu-Abeyie bersama skuad utama Arsenal pada 2003–2006

Namun, itu bukanlah persoalan mengapa Partey akan gagal di Arsenal sekiranya bertindak menyertai kelab utara London ini.

Sebagaimana dikatakan tadi, Partey merupakan seorang pemain matang dan hanya perlu digilapkan lagi bakatnya untuk terus berkembang maju.

Menyertai Arsenal akan menghancurkan kariernya, mungkin nasihat berguna namun tidak semestinya harus mengikutinya.

Dia lebih mengenali dirinya, tahu apa yang diinginkannya, begitu juga dengan Arsenal dan Arteta.

Lebih penting lagi, Arteta kini berjaya memberikan nafas baru kepada kelab dan prestasi pasukan juga dilihat semakin meningkat.

Sudah pasti Ketua Jurulatih Arsenal itu akan membuat keputusan yang betul dalam usahanya mengembalikan kegemilangan The Gunners.

Sama ada Partey benar-benar menjadi keutamaan Arsenal, semuanya akan terjawab pada jendela perpindahan nanti.

This Is Why Arsenal Want To Sign Thomas Partey 2020

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment