‘Pochettino sangat inginkan Maguire’ Danny Rose

Harry Maguire

Bekas pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino bersemangat untuk berurusan dengan pemain pertahanan tengah ini setelah melihat aksinya bersama Hul City.

Menurut Danny Rose, bekas pengurusnya itu sudah lama dan sangat berharap dapat membawa Harry Maguire ke Tottenham sebelum Maguire berpindah ke Manchester United dengan rekod perpindahan £80juta.

Perpindahannya ke Old Trafford dari Leicester City menjadikan dirinya sebagai pemain pertahanan termahal di dunia.

Namun, Pochettino telah mengesan potensi pemain ini lebih awal semasa zaman Maguire bermain dengan Hull City.

Tetapi Spurs bertindak untuk menentang mengikuti perkembangan dan minat bekas pengurus mereka itu, lalu membenarkan kelab-kelab PL lain mengambil manfaat ke atas pemain pertahanan berbadan besar itu.

Rose memberitahu The Lockdown Tactics podcast: “Saya masih ingat kami bermain menentang Hull di White Hard Lane [pada Disember 2016] dan menang 3-0.

“Mauricio merupakan pengurus kami, dan dia sangat meminati Harry. Saya rasa mereka [Tottenham] mahukan dirinya.

“Apabila Poch mula meminatinya, saya mula perhatikan dia selepas itu. Ia satu perjalanan yang hebat untuk dia.

“Berlatih dengannya untuk England, kamu tidak boleh merampas bola daripadanya.

“Dia sangat bagus. Dia layak menjadi kapten Manchester United.

Selain United, Leicester, dan Hull City, Maguire pernah bermain bersama Wigan Athletic dan Sheffield United.

Dia sudah membuat 130 penampilan Premier League sejak membuat debut bersama Hull City pada Disember 2014.

Pemain berusia 27 tahun ini sudah membuat 41 penampilan untuk United dalam semua kejohanan musim ini.

Be the first to comment