Pos Malaysia sahkan polis tahan suspek berhubung penipuan derma di Facebook

Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) hari ini mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang suspek berhubung penipuan kutipan derma di Facebook.

“Kami memuji tindakan pantas PDRM untuk membawa scammer ke muka pengadilan dan menghentikan eksploitasi atas kebaikan rakyat Malaysia,” menurut Pos Malaysia dalam kenyataan hari ini. 

Pos Malaysia turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati tentang penipuan kutipan derma di Facebook dan mengelak membuat hantaran bersifat memfitnah.

Ia susulan hantaran di media sosial oleh Masakan Utara Barat yang viral, apabila seorang pekerja Pos Malaysia  dikatakan menangis di luar sebuah rumah selepas menyampaikan bungkusan. 

Pos Malaysia komited terhadap kebajikan pekerjanya. Walaupun menghadapi cabaran akibat pandemik COVID-19, ia terus melindungi kehidupan lebih 15,000 anggota barisan hadapan dan kakitangan sokongan operasi di samping memastikan keperluan mereka diutamakan.

“Kami berharap orang ramai akan terus memberikan sokongan dan memahami semasa tempoh ini,” menurut kenyataan itu.

Bernama

Berikut adalah hantaran PDRM mengenai kes penipuan yang tular baru-baru ini:

POSTING TIPU DERMA!!

Mesti ramai yang dah terbaca dan repost cerita abang posmen ni kan?
(https://www.facebook.com/masakan.utar…/posts/127892118889104)

Admin dimaklumkan bahawa pemilik page ‘Masakan Utara Barat’ (https://www.facebook.com/masakan.utara.7) ini telah ditangkap kerana menipu.

“Modus operandi yang digunakan adalah saspek memuatnaik posting tentang kesusahan abang-abang posmen di page tersebut.

“Dan apabila ada individu yang mesej/komen di page untuk menghulurkan bantuan, saspek akan memberikan no akaun bank untuk mangsa berikan wang.

“Kalau admin baca posting-posting beliau tu, memang susah nak percaya dia ni scammer.

“Bersumpah bagai. Tapi begitulah dunia hari ini ya anak-anak.

“Hari ini cakap sayang, esok belum tentu lagi. Ehhhhh… Maksud admin, zaman sekarang ni, kena berhati-hati untuk percaya.

“Scammer ni ibarat akal labah-labah di gua buruk suka merakut.

“Admin cuma nak pesan kepada anak-anak muda di luar sana. Jangan cari wang dengan jalan mudah.

“Ingatlah pepatah ni, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

“Kalau dah jatuh tu, sakit dik. Tak pasal-pasal dah ada rekod jenayah sepanjang hayat.

Sekian kelas peribahasa dari admin.

#PDRM
#Scam
#TipuDerma
#CyberCrimeAlert

Dua hari lalu, laman tersebut telah memuatnaik status memohon agar pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas mereka yang tidak tahu menahu mengenai kes tersebut dan bersedia memikul tanggungjawab yang telah dilakukan mereka.

“Saya harap pihak polis tidak menyiasat atau mengambil tindakan keatas mereka yg tidak tahu apa-apa,saya minta maaf jika ada salah dan silap dari pihak saya,semua ini bermula dari pihak saya dan biar pihak saya yg tanggung semua ni.” – Masakan Utara Barat.

Dan sembilan jam yang lalu (saat artikel ini ditulis), laman Masakan Utara Barat turut memuatnaik status meminta maaf dengan menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk ‘menipu’ mahupun mengambil kesempatan.

Malah mereka turut meminta bantuan kepada sesiapa yang sudi membantu mereka.

Pelik, jika tidak bersalah mengapa takut?

Dan adakah merek

466Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply