Liga Perdana Inggeris sahkan empat kes positif COVID-19 selepas tamat ujian pusingan ketiga

Empat lagi individu dari tiga kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) telah mendapat keputusan ujian positif COVID-19 selepas ujian pusingan ketiga.

1008 ujian telah dilakukan pada hari Isnin dan Selasa – dan pusingan keempat akan dilakukan pada hari Khamis dan Jumaat, dengan ujian dijalankan ke atas hampir 60 orang setiap kelab.

Tidak diketahui sama ada empat keputusan baru ini adalah pemain-pemain, kakitangan bukan pemain, atau kedua-duanya sekali – atau mereka yang positif ini adalah mereka yang positif pada pusingan pertama dan mereka yang kembali dari pengasingan diri selama tujuh hari.

Satu kenyataan dibaca: “Liga Perdana Inggeris hari ini mengesahkan 1008 pemain dan kakitangan kelab telah menjalani ujian COVID-19 pada hari Isnin 25 Mei dan Selasa 26 Mei.

“Daripada ini, empat pemain dari tiga kelab didapati positif.

“Pemain-pemain atau kakitangan kelab yang telah mendapat keputusan positif akan mengasingkan diri sendiri selama tujuh hari.

“Sebelum ini, antara 19-22 Mei, 996 pemain dan kakitangan kelab telah diuji untuk COVID-19, dan hasilnya – dua positif dari dua kelab.

“748 pemain dan kakitangan kelab telah diuji COVID-19 pada 17-18 Mei, dengan enam mendapat keputusan positif dari tiga kelab.

“Untuk ujian pusingan keempat, jumlah ujian yang boleh dilakukan kepada setiap kelab akan dinaikkan dari 50 ke 60”.

Set ujian seterusnya akan dijalankan apabila beberapa kelab EPL sudah mula menjalankan sesi latihan melibatkan sentuhan, yang telah mendapat undian sebulat suara pada hari Rabu.

Tiada perlawanan EPL dimainkan sejak bulan Mac, tetapi kerajaan telah memberikan kebenaran kepada sukan elit untuk bersambung kembali pada 1 Jun.

Kembalinya sesi latihan bersentuhan ini merupakan satu langkah besar ke hadapan untuk kemungkinan EPL bersambung semula pada bulan hadapan.

Kelab-kelab akan bermesyuarat semula pada hari Khamis untuk membincangkan dengan butiran lebih meluas mengenai bagaimana bentuk Project Restart – termasuk perbincangan bagaimana rupa keadaan pengurangan/pengakhiran musim, jika tidak selamat untuk disambung semula.

Be the first to comment