Connect with us

Liga Perdana Inggeris

Projek ‘Restart’ bakal ‘berkubur’?

Published

on

Usaha Liga Perdana Inggeris untuk menyambung kembali aksi liga mungkin terbantut.

Perancangan Projek ‘Restart’ Liga Perdana Inggeris (EPL) boleh ‘mengancam nyawa’ jika saingan berkenaan dilangsungkan ketika pandemik Covid-19 masih lagi menular.

Ketua Eksekutif Brighton, Paul Barber berkata, mereka harus berhati-hati dalam membuat keputusan agar ia tidak tersalah langkah.

Kelab EPL akan mengadakan perbincangan lagi esok melalui sidang video dengan topik bakal diutarakan ialah bagaimana untuk melengkapkan baki 92 perlawanan musim 2019-20.

Advertisement

Semalam, Watford menjadi kelab ketiga menentang baki aksi EPL diadakan di gelanggang neutral, dengan Pengerusinya, Scott Duxbury berkata, liga mempunyai tanggungjawab untuk melindungi berikutan kebimbangan yang wujud dalam baki sembilan perlawanan.

Paul Barber juga merayu supaya Projek ‘Restart’ dibatalkan kerana mengancam nyawa selepas tiga pemain pasukan itu sah dijangkiti COVID-19.

Skuad The Seagulls mengesahkan seorang lagi pemain mereka dijangkiti virus itu hari ini, hanya seminggu sebelum pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka boleh kembali menjalani latihan berpasukan.

Barber berkata ‘meskipun pelbagai langkah sudah diambil beberapa minggu ini dan tiada pemain terbabit dengan latihan, namun terdapat pemain yang disahkan positif virus itu.’

Advertisement

Pasukan EPL kini sedang mencari jalan untuk menghabiskan baki 92 perlawanan dengan ada cadangan perlawanan berlangsung di venue neutral namun Barber menjelaskan nyawa pemain tetap dipertaruhkan.

Brighton antara enam pasukan yang enggan beraksi di venue berkecuali dan Barber memaklumkan kebimbangan kerana mereka akan kehilangan kelebihan beraksi di laman sendiri.

Barber juga menegaskan aksi di laman berkecuali tetap mengancam kesihatan dan keselamatan pemain berbanding aksi seperti biasa namun tanpa kehadiran penyokong.

“Kebiasaannya, pasukan perubatan lawan akan bergantung kepada pasukan perubatan tuan rumah untuk membimbing mereka jika ada masalah di atas padang.” ” kata Ketua Eksekutif Brighton, Barber.

Advertisement

“Kalau aksi di venue neutral, kita akan memaksa dua pasukan beraksi di tempat yang mereka tidak biasa.

“Pasukan perubatan tuan rumah tidak wujud kerana mereka berada bersama pasukan mereka.

“Ini tidak logik dan membahayakan.

“Kita harus berhati-hati agar tidak tersalah langkah kerana jika kita melakukannya ia akan memusnahkan kehidupan kita.

Advertisement

“Ia akan mengorbankan nyawa dan kita tidak mampu untuk membayarnya.

Menjelang perbincangan esok, Watford, Brighton dan Aston Villa sekarang ini jelas menentang perancangan terkini.

“Tidak ada nilai kasih sayang dalam EPL. Terdapat 20 pasukan yang mempunyai kepentingan berbeza.

“Ada kalanya nampak seperti berpakat tapi selalunya tidak nampak seperti untuk melindungi antara satu sama lain.

Advertisement

“Disebabkan itu ada kelab yang gembira untuk menandatangani ‘Projek Restart’ kerana mereka mempunyai kelebihan dalam baki saingan liga.

“Ini bermakna Liverpool boleh muncul juara, pasukan lain dapat menempah slot ke saingan Eropah musim depan atau berpotensi untuk berjuang menempatkan diri dalam kedudukan selamat,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply