Rangers lengkapkan perpindahan anak legenda Romania

Romania
Ianis Hagi

Ianis Hagi telah melengkapkan perpindahan tetap ke Glasgow Rangers dari kelab Belgium Genk.

Pemain tengah Romania ini pada awalnya telah sertai kelab pada jendela perpindahan pemain musim sejuk yang lepas dengan kelab mempunyai hak eksklusif untuk membeli pemain berusia 21 tahun ini.

Ianis Hagi mempunyai potensi besar untuk menjadi pemain hebat dan rebutan kelab-kelab besar Eropah pada masa akan daang.

Dan Genk telah mengeluarkan berita rasmi dalam laman sesawang mereka yang Hagi akan menyertai the Light Blues.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya untuk karier masa depannya,” bacaan satu kenyataan kelab.

Anak pemain legenda Romania Gheorghe Hagi telah menjaringkan tiga gol dalam 12 penampilan untuk Rangers sebelum musim bolasepak dihentikan sementara kerana wabak virus corona.

Dia mula popular di Ibrox selepas menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-2 Rangers ke atas Sporting Braga dalam kejohanan Europa League.

Dia merupakan pemain yang lahir dari akademi bolasepak Gheorghe Hagi, sebuah kelab akademi yang ditubuhkan oleh bapanya pada 2009.

Hagi (kiri) merupakan legenda Romania.

Be the first to comment