“Saya adalah orang Arsenal” Cesc Fabregas

Fabregas

Francesc Fabregas secara terangan menyatakan dirinya adalah orang Arsenal walaupun pernah bermain untuk kelab seteru Chelsea.

Dia membintangi untuk kedua-dua pasukan sepanjang kariernya yang bersinar, tetapi dia mengakui kariernya di Stadium Highbury dan Stadium Emirates yang teristimewa.

Fabregas berhijrah ke utara London dari akademi terkenal Barcelona iaitu La Masia pada usia 16 tahun pada 2003, dan kemudian menjadi pemain paling muda membuat penampilan skuad utama beberapa bulan kemudian apabila beraksi menentang Rotherham dalam perlawanan Piala Liga.

Dia bermain selama lapan musim di bawah pengurusan Arsene Wenger, membuat lebih dari 300 penampilan selain menjulang Piala FA pada 2004/05.

Kemudian dia berhijrah ke Barcelona sebelum ke Chelsea, dan berjaya memenangi kejuaraan liga – sesuatu yang dia tidak berjaya kecapi di Arsenal – tetapi apabila diberitahu oleh pemain legenda kelab Thierry Henry bahawa merah adalah warnanya, dia memberikan persetujuan penuh.

“Apabila saya memikirkan kamu, kamu memakai jersi merah,” kata Henry kepada bekas rakan sepasukannya dalam perbualan di Instagram. “Saya tahu orang akan berkata kamu memenangi liga dan menjadi legenda di Chelsea, tetapi kamu adalah orang Arsenal.”

Fabregas membalas: “Ya saya dan ia sentiasa menjadi sebahagian daripada saya sepanjang hidup saya. Saya tidak pernah berfikir saya akan mempunyai perasan bercampur baur di antara kedua-dua pasukan ini, tetapi kamu pergi ke sana dan berjumpa orang, memenangi kejuaraan, menjadi pemain penting dan memenangi kejuaraan. Kamu mengakhiri dengan kasih sayang yang mendalam terhadap kelab.

“Kamu betul. Kamu tidak boleh lupa daripada asal kamu datang dan saya datang dari akademi Barcelona dan saya tidak pernah melupakannya, tetapi untuk berjaya ke peringkat terbesar adalah di Arsenal dan saya tidak akan melupakannya.

“Saya juga bertuah kerana pada masa itu, dapat berjumpa kamu, Ashley (Cole), Robert (Pires), Patrick (Vieira), Sol (Campbell).

“Pengurusan kelab telah memberikan saya kepimpinan dan segalanya yang saya perlukan untuk menjadi pemain terbaik. Saya tidak akan pernah menafikan yang saya sentiasa orang Arsenal di hati saya.

“Terdapat banyak pusingan dalam bolasepak tetapi saya tidak pernah melupakan perhubungan dengan para peminat dan saya sangat disayangi di Arsenal dan Chelsea. Tiada siapa yang akan mendengar saya bercakap sesuatu yang buruk mengenai Arsenal, walaupun saya pergi ke Chelsea dan menang di sana, dan kemudian memenangi liga.”

Fabregas, 33 tahun, kini bermain untuk kelab Ligue 1 Perancis bersama AS Monaco, selepas meninggalkan Stamford Bridge secara prinsipal pada Januari 2019.

Be the first to comment