Connect with us

Serie A

Skuad AC Milan bebas dari Covid-19.

Published

on

Gergasi Itali itu boleh menjalani latihan mengikut perancangan awal mereka.

Ada khabar gembira dari AC Milan setelah skuad mereka menjalani ujian saringan Covid-19 (swab test) dan Rossoneri mengumumkan bahawa skuad mereka bebas dari virus tersebut.

Hal itu disahkan Milan melalui pengumuman rasmi yang dibuat mereka pada laman sesawang kelab.

AC Milan mendedahkan semalam bahawa tidak ada seorang pun pemain skuad utama mahupun staf diuji positif Covid-19, sehari selepas presiden kelab mengakui bahawa sesetengah pemain dalam proses pemulihan virus berkenaan.

Advertisement

Dalam satu kenyataan, juara Eropah tujuh kali itu berkata, berdasarkan ujian perubatan yang dijalankan setakat ini kepada skuad utama dan staf, tidak ada seorang pun positif wabak berkenaan.

Milan berkata, pasukan mereka akan meneruskan program latihan individu yang sudah mereka lakukan bersama kelab Serie A lain minggu ini dengan harapan mereka mampu melengkapkan saingan 2019/20.

“Saringan perubatan akan dikenakan kepada semua pemain dan staf yang melapor diri untuk program latihan dalam tempoh beberapa hari selepas ini,” jelas kenyataan berkenaan.

Kelmarin, Presiden Milan, Paolo Scaroni memberitahu media tempatan ada pemain kelab berkenaan dalam proses pemulihan Covid-19, yang sudah mengorbankan 30,000 orang di Itali.

Komennya hadir selepas Fiorentina, Sampdoria dan Torino mengesahkan lapan diuji positif.

Advertisement

Khamis lalu, Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadafora berharap latihan berkumpulan mampu bermula pada 18 Mei namun semalam beliau berkata kes positif itu memberikan satu petanda kurang enak.

Napoli mengumumkan semalam pemain mereka mampu meneruskan latiha individu di fasiliti kelab hari ini berikutan baru saja melengkapkan ujian perubatan.

Akhbar harian sukan, Corriere Dello Sport melaporkan tidak ada seorang pun pemain Napoli positif Covid-19.

AC Milan confirms that, based on all medical tests carried out to date on First Team players and technical staff, there have not been any positive cases of Covid-19.

Players will continue their individual training program at Milanello and medical screenings will be completed for all players and staff reporting for training over the coming days.AC Milan

Advertisement