Connect with us

Everton

Syarikat kanabis mahu menjadi penaja Everton?

Published

on

Kelab Merseyside ini mungkin menjadi kelab Premier League pertama yang mempunyai pembekal cannabidiol (CBD) di hadapan jersi mereka.

Ketua Eksekutif Swissx Alki David berkata syarikat kanabis miliknya sedang dalam perbincangan dengan Everton mengenai perjanjian meletakkan jenamanya sebagai penaja utama jersi.

Perkara itu hadir selepas beberapa hari usahawan ini mendedahkan dia telah bercakap dengan Barcelona mengenai hak penamaan untuk Nou Camp.

Advertisement
Alki David, Ketua Eksekutif SwissX

Dengan perbincangaan mengenai hak penamaan untuk Nou Camp seakan menemui jalan buntu, David mendedahkan dia sedang berunding dengan Everton untuk memaparkan jenamanya di bahagian hadapan jersi pasukan.

“Saya tidak berjalan keluar dari Barca, saya membiarkan pilihan saya terbuka,” kata David dalam temubual dengan Insider.

“Tetapi sekarang kami berhubung dengan Everton untuk mengambil alih jersi mereka.

“Di bahagian hadapan jersi mereka. Mereka sudah menghubungi saya malah telah menawarkan beberapa corak dengan keseluruhan logo Swissx berwarna biru, dan ianya kelihatan sangat menarik.

Logo Swissx

Samada David dapat memetarai perjanjian dengan mana-mana kelab masih belum dapat dipastikan lagi, tetapi nampaknya urusan dengan Barca tidak berjalan dengan baik dengan Barca telah menolak apa-apa perhubungan dengan salah satu syarikat pengeluar CBD terbesar di dunia.

“Mereka ini teruk,” kata David mengenai penolakan kelab Catalan itu.

Advertisement

“Pintu saya sudah terbuka. Di penghujungnya, mereka sangat berhati-hati dengan jenama kanabis, tetapi mereka perlu sedar UFC menggunakan kanabis, dan liga sukan besar lain juga menerima kanabis.

“Jenama saya bukan jenama marijuana yang biasa, ianya jenama kesihatan CBD berdasarkan kesihatan, bukan berdasarkan rekreasi.” balas jutawan pemilik Coca-Cola ini.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply