Tindakan dan taktik licik Arsenal berhubung Saliba dalam EPL.

Arsenal meminjamkan Saliba kembali ke kelab asalnya selepas melengkapkan perpindahan pada musim panas lalu.

Walau bagaimanapun Arsenal turut menyenaraikan Saliba dalam skuad B21 yang akan bersaing dalam saingan musim ini, 2019/20.

Mengapa Arsenal memasukkan Saliba dalam skuad Liga Perdana Inggeris untuk musim ini walaupun menghantarnya kembali ke Perancis secara pinjaman?

Inilah kelicikan Arsenal dan ia adalah satu tindakan bijak dalam memanipulasi ruang lompong yang ada untuk kepentingan masa hadapan.

Musim panas lalu, Arsenal telah membeli William Saliba dan menghantarnya kembali ke Saint-Etienne dengan pinjaman sepanjang musim dan berakhir pada 30 Jun ini.

Namun, The Gunners memasukkan pemain muda itu dalam senarai skuad mereka untuk musim Liga Perdana musim ini.

Hanya 17 pemain bukan dari kategori home-grown yang dibenarkan untuk didaftarkan dan berada dalam skuad 25 orang untuk pertandingan ini.

Pemain home-grown ditakrifkan sebagai pemain bolasepak yang menghabiskan sekurang-kurangnya tiga musim di England sebelum berusia 21 tahun.

Ini bermaksud bahawa Saliba akan dianggap pelatih tempatan (locally-trained) untuk musim 2022/23 jika dia dimasukkan atau disenaraikan ke dalam skuad utama untuk dua tahun hadapan.

Dengan cara ini, The Gunners akan mempunyai lebih banyak ruang untuk pemain bukan home-grown.

Dan peraturan ini juga terpakai dalam saingan Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

Bijak bukan?

Setahun pinjaman dengan masih didaftar dalam skuad Arsenal dan ditambah dua tahun akan datang melengkapkan status home-grown Saliba buat Arsenal.

Baca: Boleh ke Saliba bermain untuk Arsenal sekiranya liga disambung semula?

25 pemain skuad utama (*Home grown) yang didaftarkan Arsenal bagi musim ini (2019/20):

Bil Pemain
1 Aubameyang, Pierre-Emerick
2 Bellerin, Hector*
3 Ceballos, Daniel Fernandez
4 Chambers, Calum*
5 Holding, Robert Samuel*
6 Kolasinac, Sead
7 Lacazette, Alexandre
8 Leno, Bernd
9 Macey, Matthew Ryan*
10 Maitland-Niles, Ainsley*
11 Martinez, Damian Emiliano*
12 Mavropanos, Konstantinos
13 Moreira Marinho, David Luiz
14 Mustafi, Shkodran
15 Ozil, Mesut
16 Papastathopoulos, Sokratis
17 Pepe, Nicolas
18 Tierney, Kieran
19 Torreira, Lucas
20 Xhaka, Granit

Pemain U21 (Contract and Scholars) yang didaftarkan Arsenal bagi musim ini (2019/20):

Bil Pemain
1 Alebiosu, Ryan
2 Azeez, Miguel
3 Ballard, Daniel   George
4 Balogun, Folarin   Jerry
5 Bola, Tolaji
6 Burton, Robert
7 Butler-Oyedeji,   Nathan Jerome Chatoyer
8 Cirjan, Catalin-Ionut
9 Clarke, Harrison   Thomas
10 Cottrell, Ben
11 Coyle, Trae
12 Dennis, Matthew
13 Ejeheri, Ovie Prince
14 Flaherty, Stanley   James
15 Graczyk, Hubert
16 Greenwood, Sam
17 Guendouzi, Matteo
18 Hein, Karl Jakob
19 Hillson, James Andrew
20 John-Jules, Tyreece   Romayo
21 Kirk, Alexander   Michael
22 Laing, Levi Alexander
23 Lopez Salguero, Joel
24 Matthews, Alfie
25 McEneff, Jordan John
26 McGuinness, Mark   James
27 Medley, Zechariah   Joshua Henry
28 Nelson, Reiss
29 Nketiah, Edward   Keddar
30 Ogungbo, Mazeed
31 Okonkwo, Arthur
32 Olayinka, Olujimi   James Ayodele
33 Olowu, Joseph   Olugbenga
34 Omole, Tobi
35 Osei-Tutu, Jordi
36 Oyegoke, Daniel   Oladele Akinbiyi
37 Plange, Luke Elliot
38 Saka, Bukayo
39 Saliba, William
40 Sheaf, Ben
41 Smith, Matthew   Gerrard
42 Smith, Tom
43 Smith Rowe, Emile
44 Sraha, Jason Robert   Osei
45 Swanson, Zak
46 Taylor-Hart, Kido
47 Teodoro Martinelli   Silva, Gabriel
48 Tormey, Nathan   Alexander
49 Willock, Joseph   George

Sumber rujukan : Premier League.

About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment