Torreira ‘mencari jalan keluar’ dari kelab.

Bekas pembida bersedia untuk menawarkan penyelesaian.

Lucas Torreira dilaporkan sedang ‘mencari jalan pulang ke Itali’ dan AC Milan mungkin bersedia untuk memberikannya peluang.

Pemain tengah Uruguay itu berada di Emirates sejak 2018 setelah melakukan perpindahan £25 juta dari Sampdoria, tetapi perjalanan kariernya di utara London tidak berjalan lancar sebagaimana diharapkan.

Dia sering bergelut untuk memberikan aksi terbaiknya terutamanya pada era pemerintahan Unai Emery yang sering memainkan beliau pada posisi lain, bukan pada posisi kegemarannya.

Oleh itu, terdapat keraguan mengenai masa depannya di Emirates setelah menandatangani kontrak dengan perjanjian jangka panjang.

Dan pada jendela perpindahan musim panas lalu, dia begitu kuat dikaitkan dengan perpindahan keluar serta dikatakan akan kembali ke Itali.

AC Milan antara mereka yang berminat dan menjadi ketua untuk melamarnya.

Menurut CalcioMercato, mereka mungkin bersedia memberikannya jalan keluar lagi tahun ini.

Tajuk laporan CalcioMercato bertarikh 29 April 2020 ‘Milan ubag bahagian tengah: buru sasaran ternama dan strategi.

Laman web itu menjelaskan bahawa Milan sedang mencari pemain tengah yang bersedia untuk ‘memacu pasukan’ dan mempunyai beberapa senarai.

Di bahagian teratas senarai itu adalah Sandro Tonali dan Edouard Camavinga tetapi Milan mungkin mengalami kesukaran kerana pemain-pemain tersebut juga mendapat perhatian daripada beberapa kelab ternama di seluruh Eropah.

Kemudian barulah Torreira yang akan menjadi pilihan dan menariknya kerana pemain Arsenal itu sudah mengenali Serie A dan memahami corak permainan disana setelah melakukan dengan begitu baik ketika bersama Sampdoria.

Torreira sebelum ini dikatakan sudah bersetuju untuk berpindah ke San Siro sebelum membuat keputusan bergabung dengan Arsenal.

Namun kini, dia dikatakan ingin kembali ke Itali dan sekiranya Milan membuat tawaran untuk mendapatkan khidmatnya, sudah pasti dia akan tertarik untuk berpindah.

Di pihak Arsenal pula ia masih tidak jelas mengenai hal ini, lebih-lebih lagi faktor kewangan yang ketat dihadapi mereka dan dipercayai kemungkinan The Gunners terbuka untuk memberi dana kepada Mikel Arteta dengan melepaskan beberapa pemain yang tidak menjadi keutamaannya.

Arteta jelas memerlukan dana dalam membentuk kembali pasukan untuk berdaya saing, namun semua itu memerlukan pengorbanan baik dari pemain mahupun pengurusan dan wang menjadi perkara utama.

Adakah Arsenal akan melepaskan Torriera dan cuba mendapatkan Thomas Partey?

About MyGooners 867 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment