Mental tidak stabil, Tyrone Mings hadiri sesi terapi bersama pakar psikologi.

Aston Villa
Tyrone Mings

Pemain pertahanan tengah Inggeris Tyrone Mings mendedahkan dirinya membayar untuk menghadiri sesi terapi bersama seorang pakar psikologi kerana bolasepak ‘tidak peduli’ mengenai kesihatan mental.

Dia mendedahkan sesi ini membantu dirinya menghadapi tekanan bermain dalam Premier League.

Pemain Aston Villa berusia 27 tahun ini mengakui keutamaan utama dirinya adalah mengusahakan kesihatan mentalnya sendiri menjelang kembali ke bola sepak.

Bercakap untuk dokumentasi baharu ‘Football, Prince William and Our Mental Health’ yang akan ke udara di BBC1 pada hari Khamis nanti, Mings berkata: “Ia sesuatu yang sukar.

“Tiada siapa yang pedulikan anda jika anda melalui hari buruk, tiada siapa pedulikan anda jika anda mempunyai masalah mental atau masalah fizikal, atau masalah-masalah di rumah.

“Anda tidak boleh membawanya ke dalam perlawanan kerana anda hanya akan diadili melalui persembahan anda.

Mings juga risau mengenai Project Restart dan dia melakukan segala yang boleh untuk memastikan dirinya bersedia dan selamat.

Dia berkata: “Saya membayar seorang pakai psikologi untuk membantu saya sepanjang minggu.

“Saya mendapati sepanjang kecederaan dan sebagainya, inilah perkara yang akan membantu saya.”

Di dalam dokumentasi itu, the Duke of Cambrige mahu mengurangkan stigma di sekeliling kesihatan mental.

Selain Mings, penjaga gol Burnley Joe Hart dan pengurus Chelsea Frank Lampard juga akan membincangkan pengalaman mereka, manakala bekas pemain Premier League Marvin Sordell membuka cerita kisah hidupnya bergelut dengan kemurungan.

Be the first to comment