Victor Valdes dilantik ketua jurulatih Unio Atletica d’Horta

Victor Valdes

Kelab divisyen empat Sepanyol, Unio Atletica d’Horta dengan gembiranya mengumumkan perlantikan Victor Valdes sebagai pengurus baru mereka,

Valdes kembali dalam dunia pengurusan kelab bola sepak musim depan selepas perlantikan ini.

Bekas penjaga gol Barcelona dan Manchester United berusia 38 tahun ini sudah bekerja sebagai jurulatih sejak menggantung sarung tangannya pada 2017.

Dia pernah memegang peranan jurulatih di kelab lamanya dan Moratalaz, dan telah meninggalkan peranannya sebagai jurulatih akademi di Barcelona pada Oktober 2019.

“Kami berharap anda akan peroleh banyak kejayaan sebagai ketua jurulatih kelab kami”

Pada tahun lepas, pertengkaran awam antara Valdes dengan Pengarah La Masia Patrick Kluivert telah mengakibatkan dia dipecat sebagai jurulatih pasukan akademi bawah 19 tahun.

Bacaan satu kenyataan Barca pada Oktober tahun lepas: ‘FC Barcelona telah mengumumkan pada hari Isnin bahawa Victor Valdes bukan lagi jurulatih bawah 19 tahun A dan tidak lagi diambil bekerja oleh kelab.’

Be the first to comment