Kompany dakwa van Dijk pemain pertahanan tengah terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Virgil van Dijk

Bekas kapten Manchester City Vincent Kompany percaya Virgil van Dijk adalah pemain pertahanan terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL)

Pemain antarabangsa Belanda itu memenangi Liga Juara-Juara Eropah, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA pada 2019.

Dan kemudian membantu Liverpool mendahului EPL musim 2019/20 dengan jarak mata yang susah dikejar oleh mana-mana pasukan sebelum pandemik corona virus menghentikan musim ini.

Dia membuat 80 penampilan untuk Southampton sebelum bersetuju untuk menyertai skuad bimbingan Jurgen Klopp pada Januari 2018, bermain 113 perlawanan.

Kompany mengatakan pemain berusia 28 tahun ini sudah melakukan lebih dari cukup untuk melangkaui pencapaian yang dilakukan oleh John Terry dan Rio Ferdinand.

‘Saya mahu membawa kembali kepada Virgil van Dijk,’ kata Kompany kepada SPORF

‘Ianya sesuatu yang pelik kerana dia tidak berada lama dalam arena ini seperti nama-nama yang telah kita sebutkan: John Terry, Rio Ferdinand. Mereka ini sudah berada di sana dalam tempoh yang lama.

‘Tetapi tanda-tanda yang dia telah tunjukkan dalam beberapa tahun sebelum ini sudah jelas dia boleh berada di tahap tertinggi sebelum ini dan boleh pergi lebih jauh.

‘Daripada apa yang saya lihat dari segi impak ke atas sesebuah pasukan, dan seorang pemain pertahanan sememangnya bukan mengenai diri mereka sendiri.

“Ianya adalah komunikasi dengan orang lain dan bagaimana membuat pasukan anda lebih mantap.

‘Pasukan Liverpool sebelum ada Van Dijk dan selepas adanya dia, keseluruhan pasukan yang berbeza dan saya akan memberikannya kerana sebab itu.’

Be the first to comment