Connect with us

Arsenal

Wenger gembira rekod kegemilangan Arsenal kekal.

Published

on

Kita semua pasti menyukai apa yang dikatakan oleh Arsene Wenger mengenai kegagalan Liverpool menandingi prestasi terhebat Arsenal.

Liverpool bersaing untuk menandingi pencapaian terhebat Arsenal dalam melengkapkan satu musim Liga Perdana Inggeris tanpa kalah.

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger, mengakui bahawa sangat memuaskan untuk melihat harapan Liverpool untuk menamatkan keseluruhan kempen Liga Perdana 2019/20 tanpa kalah berkubur dan gagal mengatasi rekod The Gunners.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu sangat terdesak untuk diberikan lampu hijau bagi meneruskan saingan musim ini, sekali gus menamatkan kemarau 30 tahun untuk bergelar Juara Liga Perdana buat kali pertama dalam tempoh tersebut.

Advertisement

The Reds telah mengharungi 27 perlawanan Liga Perdana musim ini tanpa kalah, memenangi 26 daripadanya.

Namun kekalahan 3-0 kepada Watford pada perlawanan ke-28 liga, menamatkan usaha mereka dalam menandingi Arsenal untuk mencipta rekod menjuarai liga tanpa sebarang kekalahan untuk sepanjang musim.

Rekod tanpa kalah Liverpool musim ini dileburkan Watford.

Kekalahan Liverpool kepada Hornets, tentu saja, bermaksud Arsenal kekal sebagai satu-satunya kelab dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang menamatkan kempen penuh liga tanpa kalah, dengan bintang-bintang Wenger dari kempen 2003/04 masih mengekalkan sejarah dan gelaran keramat itu.

Musim itu menyaksikan skuad Arsenal 2003/04 dikenali sebagai ‘The Invincibles,’ dengan The Gunners memenangi 26 dari 38 perlawanan liga ketika meraih gelaran dengan cara yang tidak dapat dilupakan.

Lega kerana melihat rekod membanggakan Arsenal masih kekal untuk setahun lagi, bekas pengendali The Gunners, Wenger mengatakan kepada beIN Sports: “Ya, itu adalah kepuasan [untuk melihat Liverpool kehilangan peluang untuk tidak terkalah].

Kami selalu gembira untuk menjadi satu-satunya yang dapat mencapai sesuatu.

Advertisement

Mereka (Liverpool) mungkin mampu melakukannya.

Tetapi ini menunjukkan bahawa sukar untuk mengulangi prestasi ini.

Bagaimanapun, pada hari itu, saya mendapat banyak pesanan daripada penyokong Arsenal.”

Sementara itu, Wenger yang 22 tahun mengendalikan Arsenal juga menyatakan dimana dia tidak akan kembali ke Stadium Emirates untuk menyaksikan bekas kelabnya beraksi.

Advertisement

Pengendali Perancis itu menambah: “Adakah saya akan kembali ke Stadium Emirates?

Saya selalu mengatakan kepada diri sendiri bahawa saya akan meninggalkan Arsenal sepenuhnya.

Itulah keputusan yang saya buat. “

Wenger meninggalkan Arsenal sepenuhnya.