Willian tiada masalah berpindah ke kelab seteru Chelsea

Pemain Chelsea ini mengakui dia tiada masalah untuk berpindah ke salah satu kelab seteru the Blues pada musim panas ini.

Dia bersifat terbuka untuk berpindah samada ke Arsenal atau Tottenham Hotspur, meluahkan apa yang dia percaya “tiada masalah untuk berpindah ke kelab lawan”.

Karier Willian di Stamford Bridge mungkin akan berakhir bila kontrak sekarangnya tamat pada penghujung Jun.

The Blues sudah menawar peluang kepada dirinya untuk melanjutkan kariernya di barat London, tetapi ketidaksefahaman mengenai tempoh kontrak tersebut mungkin melihat dirinya mencari ‘angin baru’.

Willian mengakui dia mahukan perjanjian tiga tahun bersama Chelsea, tetapi dia juga tidak menolak peluang untuk melakukan perbincangan dengan mana-mana kelab ketika bercakap dalam temubual bersama Fox Sports pada April.

Arsenal dan Spurs dilaporkan masih menilai peluang menandatangani pemain kebangsaan Brazil ini secara percuma, manakala Liverpool dan Newcastle United juga dikatakan berminat dengan khidmatnya.

Apabila ditanya dalam siaran Desimpedidos di Youtbe mengenai spekulasi mengenai masa depannya, dia membalas: “Ianya satu keputusan yang sangat sukar.

“Saya sangat mengenali diri saya di Chelsea, saya sayangkan semua orang di kelab, dan para peminat.

“Tetapi, seperti yang saya katakan sebelum ini, jika saya meninggalkan Chelsea tanpa sebarang masalah dan membenarkan pintu terbuka, baik juga untuk berpindah ke kelab lawan.”

Dia juga tidak pasti samada berpindah ke liga lain merupakan satu pilihan buat dirinya.

“Saya suka London, begitu juga dengan keluarga saya. Tetapi, saya masih belum tahu untuk menjawab soalan ini, jika saya kekal di Chelsea, berpindah ke pasukan lain dari London, atau meninggalkan England.”

Dia juga menafikan bekas pengurusnya di Chelsea Jose Mourinho sudah menghubunginya untuk kembali bekerjasama di Tottenham, tetapi dia menggambarkan pakar taktikal Portugal ini sebagai “jurulatih terbaik” buat dirinya.

Willian suka bermain di bawah pengurus Jose Mourinho

“Tidak. Saya tidak menerima apa-apa daripada Mourinho walaupun saya mempunyai hubungan baik dengannya,” kata bekas pemain Shakhtar Donetsk ini.

“Dia bukan sahaja jurulatih yang hebat, tetapi juga rakan saya yang hebat.

“Kadang-kadang kami berborak tetapi dalam situasi ini, dia sangat menghormatinya.

“Saya belajar sesuatu daripada mereka [pengurus-pengurus saya yang lain] tetapi saya lebih mengenali diri saya dengan Mourinho.

“Dia mempercayai potensi saya, sukakan bolasepak saya, memberikan kepercayaan penuh kepada saya untuk bermain.

“Dia jurulatih terbaik yang saya pernah bekerjasama.”

Be the first to comment