Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

16 pemain Vasco da Gama positif COVID-19

Published

on

Non-personal football

Kelab Brazil, Vasco da Gama menerima tamparan hebat apabila 16 pemain mereka telah mendapat keputusan ujian positif COVID-19.

Kelab yang berpusat di Rio de Janeiro itu telah membuat ujian terhadap 350 kakitangan, termasuk para pemain dan jurulatih, seperti yang diberitahu oleh Pengarah Perubatan kelab Marcos Texeira dalam satu video pasukan yang dimuatnaik dalam Youtube pada hari Ahad.

“Kami mendapati 16 atlit mendapat keputusan ujian positif. Mereka telah dipisahkan dari kumpulan, kekal berhubung dengan ahli perubatan dan mereka akan menjalani ujian sehingga kami pasti mereka tidak boleh menyebarkan virus ini kepada ahli-ahli pasukan yang lain,” kata Teixeira.

Advertisement

Dia berkata sekitar 30% daripada mereka yang telah diuji “pernah dijangkiti dengan virus corona sebelum ini,” termasuk tiga pemain.

Brazil telah merekodkan hampir separuh juta kes dan 29,000 kematian dari COVID-19. Angka ini meletakkan negara Amerika Latin itu di tempat kedua di belakang Amerika Syarikat dalam terma kes sahih dan keempat dalam global melibatkan kes kematian.

Vasco antara salah satu pasukan yang telah menyambung semula sesi latihan setelah dua bulan perintah berkurung, walaupun hanya sedikit tanda-tanda menunjukkan wabak virus corona ini akan berkurangan di Brazil.

Presiden Vasco Alexandre Campello dan rakan sejawatannya di Flamengo Rodolfo Landim telah bertemu dengan Presiden Brazil Jair Bolsonaro pada dua minggu lepas untuk membincangkan penyambungan semula bola sepak.

Advertisement