Connect with us

Barcelona

5 pemain Barcelona positif COVID-19

Published

on

Lima pemain Barcelona diuji positif COVID-19 dalam satu keputusan yang tidak didedahkan kepada umum.

Stesen radio di Barcelona, RAC1 mendedahkan dua daripada staf kejurulatihan pasukan dikesan mempunyai virus berkenaan.

Mereka mendakwa keputusan positif itu dikesan menerusi ujian darah pada awal krisis coronavirus melanda, dengan berkata semua yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang tanda virus berkenaan dan ketika ini semuanya sudah kembali pulih.

Advertisement

Perlawanan pertama Barcelona apabila La Liga kembali dibuka bulan ini adalah pada 13 Jun dengan berkunjung ke Majorca.

Begitupun, tiada komen rasmi daripada Barcelona berkaitan isu coronavirus yang membabitkan pasukan mereka.

Pengurus Barcelona yang mengemudi saingan utama Espanyol, Aberlardo Fernandez Antuna, pada bulan lalu mendedahkan skuad kendaliannya berdepan 10 kes virus berkenaan.

Dia berkata, lapan pemain dan dua ahli skuad kejurulatihan diuji positif. Antara yang terbabit termasuk Matias Vargas, Leandro Cabrera dan Wu Lei.

Advertisement

Aberlardo berkata, pasukan berkumpul bersama di Girona pada pertengahan Mac lalu dan ia mungkin menjadi lokasi penularan wabak dengan berkata:”Kami bersama selama dua hari dan diberitahu ada kemungkinan yang dijangkiti dengan tidak menunjukkan sebarang tanda.”

Ikon Barca, Lionel Messi – yang mendermakan 440,000 pound (RM2.3 juta) bagi meringankan beban penularan wabak di negaranya Argentina – meluahkan kesukaran yang dialaminya ketika pandemik ini berleluasa.

Dia berkata, bolasepak tidak akan lagi sama selepas COVID-19 selain mendedahkan tragedi yang memperlihatkan insan tersayang meninggal dunia akibat virus berkenaan.

Messi menyifatkan pandemik berkenaan sebagai ‘sesuatu yang amat tidak adil’.

Advertisement

Pemain berusia 32 tahun itu berkata: “Kebanyakan antara kita tentunya buntu memikirkan apakah yang akan terjadi terhadap dunia nanti selepas apa sudah berlaku.”