Wenger tidak mahu Mkhitaryan ketika pertukaran pemain terhadap Sanchez.

Henrikh Mkhitaryan

Henrikh Mkhitaryan bukanlah pilihan utama Arsene Wenger yang mahu disertakan sebagai pemain tukaran dalam urusan penjualan Alexis Sanchez ke Manchester United pada 2018.

Pemain perancang Armenia dan Manchester United itu telah bersetuju untuk menjadi pemain pertukaran yang menyaksikan dirinya berpindah ke Stadium Emirates, dan Alexis Sanchez ke Old Trafford.

Dia dilihat sebagai satu pertukaran yang baik untuk the Gunners memandangkan sikap kurang profesional Alexis dalam tahun terakhir kontrak sedia adanya sebagai pemain Arsenal.

Pertukaran pemain yang kurang memberi impak seperti yang diharapkan oleh kedua-dua kelab.

Wenger juga difahamkan sudah lama berminat dengan pemain ini sejak dia masih lagi bermain Borussia Dortmund, sebelum dia berpindah ke United pada..

Namun, prestasi dan permainannya tidak seperti yang diharapkan.

Tidak ada perbezaan dalam prestasinya bersama United dan Arsenal, dan mungkin faktor permainan fizikal bolasepak Inggeris menggagalkan pemain ini untuk bersinar di liga paling terkenal di dunia.

Pada permulaan musim 2019/20, dia telah dipinjamkan ke kelab Serie A Itali iaitu AS Roma sehingga penghujung musim, dan dia seperti mendapat ‘semangat baru’ di Rome.

Tetapi, apakah situasi sama akan berlaku andai Wenger mendapat pemain yang dia inginkan dalam perjanjian Alexis?

Laporan daripada ESPN menyatakan Wenger sebenarnya mahukan pemain penyerang Perancis, Anthony Martial sebagai pemain pertukaran, namun Mkhitaryan yang dipilih akhirnya.

Anthony Martial jadi pilihan Wenger berbanding Mkhitaryan

Pasukan pencari bakat Wenger sudah lama memerhatikan perkembangan Martial sejak dia masih lagi pemain remaja di Perancis namun United telah memveto menolak permintaan dari bekas pengurus the Gunners pada ketika itu.

Wenger inginkan Martial kerana pada masa itu dia kurang mendapat kepercayaan dari pengurus United Jose Mourinho.

Namun Mourinho telah membuat keputusannya untuk membenarkan Mkhitaryan pergi dengan berkata “Dia sudah menyedari yang dirinya masih belum bersedia untuk realiti ini, fizikal, mental, dan berdaya saing.

Adakah cerita akan berbeza andai Martial yang ke Arsenal bukan Mkhitaryan?

Be the first to comment