Cerita Saya: Laureano Bisan-Etame Mayer

Lauren

Sudah 20 tahun berlalu, tetapi apabila Lauren bercakap mengenai menandatangani untuk Arsenal dan persaingan sengit dalam bilik persalinan di mana dia menjadi bahagian penting di dalamnya, ia seperti satu lagi tempoh kehidupan untuk peminat kelab ini.

Pada Mei 2000, dia membuat keputsan paling penting dalam hidupnya, duduk bersama bakal timbalan presiden David Dein, menyatakan komitmen dengan Arsenal, dan menolak Real Madrid dalam masa yang sama.

Dalam tujuh tahun, dia menjadi sebahagian dari pasukan the Invincibles yang menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 03/04 tanpa kalah, memenangi dua kejuaraan liga dan tiga Piala FA.

Lauren meraikan kejayaan menjuarai PL 2003/04

Kejayaan dibina di atas keinginan untuk menang yang dipupuk di dalam sesi-sei latihan yang sungguh tegang sehingga pemain baru ditandatangani juga terkejut.

“Mereka sangat kental” katanya mengambarkan latihan-latihan pertahanan untuk menanam sifat tidak mudah untuk dihancurkan.

“Kami sangat berdaya saing. Satu kerja baik para wartawan tidak dibenarkan untuk menontonnya.

“Kami akan bermain satu lawan satu, dua lawan satu, empat lawan lima dan mustahil untuk mereka [penyerang] menjaringkan gol.

“Ia agak sukar tetapi mudah. Saya masih ingat bila Gilberto Silva datang ke kelab dan menyaksikan bagaimana kami berlatih.

Lauren terus ketawa, menyebut nama Martin Keown yang telah mencederakan secara tidak sengaja penjaga gol Rami Shaaban dalam sesi tersebut, dan terus ketawa dan menyambung:

“Kami berada di dalam bilik persalinan dan Gilberto berkata: ‘Kawan, adakah semua orang di sini sudah gila? Apakah yang sudah terjadi?’

“Dan pada hari-hari seterusnya, dia tidak pernah tidak memakai pelindung tulang kering.

“Dia berlatih dengan memakainya setiap hari dan kami bercakap mengenai Gilberto Silva, ya!”

Lauren sentiasa mempunyai keazaman yang diperlukan untuk bertahan di sebuah kelab besar.

Tahun-tahun awalnya ditanda dengan bapanya Valentin melarikan diri dari Guinea Sepanyol yang diperintah oleh diktator Francisco Macias, dan membawa keluarganya ke sempadan negara masuk ke Cameroon di mana Lauren dilahirkan pada 1977, dan kemudian keluarganya berpindah lagi ke Seville di mana tempat dia membesar.

“Sejak berusia 11 tahun saya berjalan kaki seorang diri ke tempat latihan,” katanya.

“Kali pertama saya kembali ke Afrika pada tahun 1998, saya pergi ke pasukan kebangsaan Cameroon seorang diri.

“Saya tidak boleh bercakap bahasa Perancis tetapi saya menyesuaikan diri.

Dia tidak pernah terlalu teruja dengan reputasi pemain-pemain seperti Lee Dixon dan Tony Adams.

“Saya langsung tidak ambil peduli,” katanya.

“Saya tidak pernah peduli apa yang mereka telah menang.

“Saya bermula dari tempat di mana kami semua sama: kamu hormat saya, saya hormat kamu. Kalau kamu suka saya, bagus. Kalau tidak, selamat tinggal.”

Walaupun dengan keyakinan diri seperti itu, masih ada tiga masalah yang perlu dihadapi semasa ketibaannya.

Pertama, dia belum lagi seorang pemain pertahanan yang Arsene Wenger mahukan dia jadi;

Kedua, dia perlu pergi ke Olimpik Sydney sebaik sahaja musim bermula;

Dan ketiga, apabila hujan batu mula turun di London pada bulan Ogos, isterinya Monica mahu pulang kampung halaman [Sepanyol].

“Apa yang pengurus mahukan daripada saya ialah bermain di posisi pertahanan, dia tidak akan memberitahu saya dahulu,” Lauren mengimbas kembali bagaimana Wenger memujuk dirinya untuk belajar bermain di posisi pertahanan.

Zaman awal Lauren bersama Arsenal
Zaman awal Lauren bersama Real Mallorca

“Wenger akan melihat ke mata saya dan berkata: ‘Pemain-pemain terbaik boleh bermain di mana-mana posisi; kalau kamu memahami permainan, dan dengan pemain berkebolehan seperti kamu, kamu boleh melakukannya.’

“Apabila seseorang memberikan kami rasa selamat dan menunjukkan dia percayakan kamu, itulah perkara yang terbaik.

“Dia mempunyai kebolehan untuk meyakinkan semua orang.”

Dia memulakan musim di bahagian tengah, menjaringkan gol dalam perlawanan debut dilaman sendiri menentang Liverpool dan pantas mendapat tempat dalam skuad sebelum bertolak ke Sydney pada September.

“Saya agak bimbang,” katanya.

“Dalam pasukan seperti Arsenal terdapat empat atau lima orang di posisi anda.

“Kami mempunyai [Ray] Parlour, [Jermaine] Pennant di bahagian satu lagi, dan bahagian yang lagi satu kamu mempunyai [Gio] van Bronckhorst, [Fredie] Ljungberg dan [Robert] Pires.

“Jadi saya pergi ke Olimpik dengan fikiran, andai ia tidak berjalan dengan baik, saya mungkin tidak dapat tempat lagi.”

Dia kembali dengan pingat emas. Adakah pasukan Cameroon lebih baik dari Arsenal? Siapakah yang akan menang pertarungan di antara the Indomitable Lions dan the Invincibles?

“Dalam perlawanan liga atau kejohanan?’ Lauren bertanya.

“Di atas padang skuad Cameroon bermain itu: Burkina Faso, Togo, dan seterusnya.

“Letak Xavi, Iniesta, semua pemain-pemain hebat Barcelona bermain di atas padang-padang itu, kita lihat adakah mereka boleh bermain permainan bolasepak cantik yang sama.

“Ia adalah dua pasukan yang berbeza, dua pertandingan yang berbeza.

“Saya boleh katakan Arsenal jika kamu bercakap mengenai pertandingan seperti Liga Perdana Inggeris.

“Tetapi bermain di Afrika dengan suhu 35, 40, 45 darjah dan saya beritahu kamu Cameroon menang.”

Olimpik Sydney membawa Lauren keluar dari cuaca musim luruh di London tetapi isterinya ditinggalkan di sana.

“Saya dibesarkan di selatan Sepanyol, isteri saya berasal dari selatan Sepanyol, jadi kami mempunyai sinaran matahari 365 hari setahun,” katanya.

Lauren (berdiri tiga dari kanan) meraikan kejayaan bersama Cameroon memenangi pingat emas acara bola sepak Olimpik Sydney 2000

“Saya masih ingat berada di dalam hotel pada bulan Ogos di London dan masa itu hujan batu.

“Kami bergerak dari Sevilla ke Valencia, ke Mallorca dengan karier saya.

“Kemudian pada bulan Ogos di London, salji hampir turun dan anda seperti: Apakah ini!”

Dia beritahu Wenger dan Arsenal menjaga pasangan muda dengan baik pada waktu itu.

“Wenger berkata kepada saya pada suatu hari: “Lauren, ini ialah Arsenal, lihat pada gaji kamu, lihat di mana kamu bermain, kamu tidak boleh mempunyai segalanya dalam hidup”. Dan dia bercakap benar.

“Kelab telah membuat banyak perkara dengan baik dan salah satu daripadanya adalah mereka memberikan guru Bahasa Inggeris, Jasmine Thomas, yang menghabiskan sehari suntuk bersama isteri saya.

“Kelab mahu membantu kamu untuk menyesuaikan diri secepat mungkin.

“Mereka faham itu yang ia akan membuatkan kamu bermain dengan lebih baik.”

Untuk membuat kerja dengan lebih baik di atas padang bermakna perlu mempelajari Cara Arsenal yang telah berubah secara mendadak di bawah Wenger pada tahun 2000.

“Wenger mengubah sedikit demi sedikit,” katanya.

“Dia mahukan pemain serangan di posisi bertahan.

Lauren bersama Freddie Ljungberg, Arsene Wenger, dan Kolo Toure dalam satu sesi latihan pasukan utama

Ashley Cole asalnya seorang pemain sayap, bukan pemain pertahanan.

“Dia mengubahnya. Saya seorang pemain sayap, dia membuat saya menjadi pemain pertahanan.

Kolo Toure bermain di bahagian tengah Ivory Coast, tetapi dia meletakkan dia di posisi pertahanan tengah.

[Pep] Guardiola menyempurnakan apa yang Wenger telah lakukan.

“Idea sudah berada di situ bersama kami. Tetapi Rice dan Wenger mengetahuinya kerana kami mempunyai ramai pemain yang mempunyai mentaliti menyerang, mereka bekerja dengan kami setiap hari.

“Kami sangat bagus untuk mara ke hadapan tetapi pada satu-satu masa, terutama pada tahun pertama, sukar untuk kami menyelaraskan empat pemain pertahanan.

“Tahun kedua lebih baik.”

Peranan Rice, menurut Lauren dengan banyak kasih sayang yang tulen, mustahil untuk membuat anggaran berlebihan.

Mencampur aduk bahasanya dia berkata di dalam bahasa Inggeris: “Setiap hari, setiap minggu,” sebelum menambah dalam bahasa Sepanyol. “Todos los santos dias [pada setiap hari] bekerja bersama empat pemain pertahanan terutama dengan saya.

“Dari mula sudah ada pertalian di antara kami.

Saya seorang yang tenang. Saya suka menganalisa.

“Saya cuba untuk tidak membuat sebarang bunyi di dalam bilik persalinan, tetapi saya suka untuk memahami siapa adalah siapa.

“Dan saya rasa Pat memahaminya juga. Sudah ada perhubungan pantas.

“Dia akan memegang saya dan berkata: “Kami perlu melakukan itu dan ini. Jangan bermain offside kalau tiada tekanan daripada pemain yang memegang bola.”

“Dia akan memberitahu saya bagaimana untuk meletakkan posisi badan saya, secara diagnol di atas bola supaya saya boleh melihat pihak lawan, pemain pertahanan tengah dan bola.

“Terlalu banyak yang dilakukan oleh Pat Rice pada bahagian pertahanan.

“Kami akan bekerja dengan lebih bebanan, di mana kami diatasi dengan bilangan lebih banyak.

“Kami akan berlatih empat menentang lapan dan Pat Rice akan berada di sana “Gerak! Gerak!, setiap hari.

“Dia sentiasa memastikan dirinya di dalam kepala kami.”

Rice juga individu yang mengambil alih untuk mengadili sesi-sesi latihan.

“Tiada siapa mahu menjadi pengadil,” Lauren ketawa.

“Wenger sangat pandai! Dia akan pergi dari situ ke arah sudut padang untuk menonton.

“Dan yang selalu menjadi pengadil adalah Pat Rice.

“Dia seorang yang sangat berani dan berhujah dengan semua orang.

“Terdapat hujah demi hujan: Freddie dengan orang ini, Martin dengan orang itu, saya dengan orang lain, Thierry [Henry], Patrick [Vieira] … sangat mengagumkan.

“Bergkamp seorang yang genius tetapi apabila berkaitan persaingan, mentaliti, dia seorang yang hebat.

“Dan Henry juga hebat. Sebab itu kami memenangi banyak trofi.”

Dan jika Rice berhak mendapat kredit untuk cara Arsenal berfungsi dengan sangat baik, begitu juga dengan Dein yang telah membawa masuk Wenger dan memastikan dia mendapatkan pemain yang dia inginkan, walaupun ia bermakna perlu menewaskan Real Madrid dalam urusan pembelian pemain.

Lauren mengimbas kembali: “Wakil saya datang ke Madrid, berjumpa Juan Onieva [timbalan presiden] dan mereka tidak dapat mencapai kata persetujuan kerana keadaan ekonomi menyebabkan Madrid tidak dapat menyakinkan kami dengan tawaran mereka.

“Kami menaiki penerbangan terus ke London, kerana sudah berhubung dengan Arsenal sebelum ini.

“Sebaik sahaja kami tiba, kami terus pergi ke rumah David Dein.

“Di sana ada David Dein, anak perempuannya yang boleh bercakap Sepanyol, Arsene Wenger, saya, wakil saya, dan penterjemah bahasa yang kami bawa bersama kerana saya memang tidak tahu berbahasa Inggeris.

“Apa yang mengagumkan saya ialah saya sentiasa melakukan rundingan di dalam pejabat di mana semua orang sangat serius, memakai suit dan tali leher.

“Yang ini sangat berbeza. David Dein membuka rumahnya untuk kami.

“Keperibadiannya sangat hebat, layanan sesama manusia juga bagus dan saya meninggalkan sana dengan penuh keyakinan.

“Dan Wenger, dengan kebaikan dirinya, yang mempunyai karekter mudah didekati.

“Dia tidak bercakap banyak semasa dalam rundingan; dia akan mendengar kamu, memerhati kamu, melihat sama ada kamu mempunyai personaliti untuk kamu menggalas cabaran ini.”

Dan dia memilih sertai Arsenal, bukan Real Madrid. Adakah mereka terkejut tawaran mereka ditolak?

“Di Madrid, ia seperti kamu perlu melakukan apa yang mereka katakan: itulah caranya.

“Bapa saya peminat Madrid, saya peminat Sevilla dan kemudian Madrid juga.

“Tetapi apabila kelab lain datang dengan sikap yang berlainan walau macam mana kamu meminati Madrid, kamu harus pergi ke tempat di mana kamu mendapat layan terbaik dan ditawarkan dengan syarat terbaik.”

Arsenal sentiasa berada di dalam hati Lauren

Arsenal menewaskan Madrid untuk seorang pemain: senario itu tergolong dalam era lain.

Begitu juga bagaimana dia menggambarkan proses pujukan.

“Cara Dein dan Wenger bertindak memukau kami.

“Ia bukan sekadar datang ke kelab, ia seperti datang ke rumah saya.

“Mari sertai keluarga saya, di kediaman saya. Mari sertai kami.”

Dia melakukannya. Dan sudah 20 tahun dia tidak menyesal dan masih mempunyai kasih sayang terhadap Arsenal.

Adakah ianya keputusan terbaik dalam hidupnya?

“Ya sudah pasti,” katanya.

“Bermain dengan pemain-pemain terbaik, dalam institusi seperti Arsenal, di England, bersama seseorang yang pada saya merupakan seorang pengurus terbaik untuk dimiliki oleh seorang pemain muda”

Sumber: Daily Mail

Be the first to comment