Connect with us

Atletico Madrid

Diego Costa diberi hukuman penjara enam bulan atas kes penipuan cukai

Published

on

Atletico Madrid

Penyerang Atletico Madrid ini juga dikenakan bayaran denda selepas mengaku bersalah dalam kes penipuan cukai itu.

Dia mengaku bersalah selepas membuat penipuan lebih dari €1juta kepada negaranya selepas gagal mendeklarasi pembayaran lebih €5juta yang diterima ketika dia berpindah ke Chelsea pada 2014.

Diego Costa dijatuhkan hukuman penjara enam bulan pada hari Khamis, tetapi undang-undang Sepanyol menyatakan jenayah tidak ganas dengan hukuman penjara kurang dari dua tahun boleh diselesaikan dengan bayaran denda untuk pesalah kali pertama.

Advertisement

Dalam kes Costa, pemain kelahiran Brazil ini akan membuat penambahan bayaran lebih sebanyak €500,000 di atas kehilangan €1juta untuk menyelesaikan penuh di mahkamah.

Costa meninggalkan Atletico Madrid pada Julai 2014 selepas Chelsea bersetuju untuk membuat bayaran perlepasan keluar pemain ini bernilai £32juta.

Bagi peminat Arsenal, gaya permainan Diego Costa sangat dibenci dan dia sentiasa menjadi ‘pembunuh’ the Gunners apabila menentang mereka sama ada bila bermain untuk Chelsea atau Atletico Madrid.

Gaya permainannya yang ganas dan sentiasa membuat provokasi terhadap para pemain Arsenal menyebabkan dia sangat tidak disukai, malahan dia juga berjaya membantu pasukannya menang dalam kebanyakan perlawanan menentang the Gunners.

Advertisement

Namun begitu, sikap tersebut dianggap sesuatu ‘rencah rasa’ dalam perlawanan bola sepak dan tanpa kontroversi dan perbalahan di dalam padang boleh menyebabkan sesuatu perlawanan terutama perlawanan derbi London menjadi kurang seronok.

Insiden perbalahan Diego Costa dengan Gabriel (pemain pertahanan tengah Arsenal)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply