Dua keputusan positif dalam ujian saringan terkini COVID-19 dalam Liga Perdana Inggeris.

Dalam ujian saringan terkini, seramai 1200 orang telah diuji dan dua daripadanya mendapat keputusan positif.

Salah seorang individu tersebut adalah pemain Norwich City yang menerima keputusan ujian tersebut selepas bermain perlawanan persahabatan dalam stadium tertutup menentang Tottenham Hotspur.

Pemain tersebut harus mengasingkan diri sendiri selama tujuh hari, dan ini bermakna dia akan terlepas perlawanan liga menentang Southampton pada Jumaat depan.

Bacaan satu kenyataan daripada Norwich City: “Norwich City boleh memberi pengesahan yang seorang pemain kami telah mendapat keputusan ujian positif selepas menjalani ujian saringan COVID-19 paling terkini.

“Selari dengan protokol-protokol Liga Perdana Inggeris, pemain tersebut akan mengasingkan diri sendiri selama tujuh hari sebelum menjalani ujian lagi pada tarikh lain. Pemain itu mesti mendapat keputusan ujian negatif sebelum boleh sambung kembali berlatih.

“Kelab tidak akan menamakan pemain yang dimaksudkan dan meminta permintaannya untuk privasi dan kerahsiaan dihormati pada masa ini”

Norwich menewaskan Tottenham 2-1 pada Jumaat lepas, tetapi pemain-pemain dari kedua-dua kelab yang mungkin ada bersentuhan dengan pemain tersebut tidak perlu mengasingkan diri, kerana mereka dianggap tidak bersentuhan dalam tempoh yang cukup lama, menurut nasihat kerajaan.

Kontak rapat menurut definisi kerajaan ialah berada dalam linkungan dua meter dengan seseorang yang mempunyai kes sah selama 15 minit atau lebih.

Keputusan terkini ini adalah dari pusingan kelapan, yang dilakukan pada hari Khamis dan Jumaat.

Tujuh pusingan saringan pertama mendapat hasil 14 kes positif dan 7474 negatif.

Kenyataan Liga Perdana Inggeris dibaca: “Liga Perdana Inggeris boleh memberi pengesahan pada hari ini bahawa pada hari Khamis, 11 Jun dan Jumaat, 12 Jun, seramai 1200 pemain dan kakitangan kelab diuji untuk COVID-19. Daripada jumlah ini, dua mendapat keputusan positif dari dua buah kelab.

“Liga Perdana Inggeris memberikan maklumat terkumpul ini atas tujuan integriti dan ketelusan pertandingan. Tidak ada perincian khusus mengenai kelab atau individu yang akan diberikan oleh Liga dan hasilnya akan diumumkan setelah setiap ujian dijalankan. “

466Shares

Be the first to comment

Leave a Reply