Ejen ‘bergerak’ untuk mengatur perpindahan.

Philippe Coutinho

Newcastle United begitu kuat dikaitkan ketika ini.

Chelsea, Arsenal dan Newcastle United telah ‘menunjukkan minat’ terhadap Philippe Coutinho, menurut Mundo Deportivo.

Bayern Munich yang kini meminjam pemain Brazil itu, telah memutuskan untuk tidak menggunakan pilihan untuk menandatanganinya secara tetap.

Manakala ejen Coutinho, Kia Joorabchian mencari tempat baru untuk kliennya dalam Liga Perdana Inggeris setelah perjanjian pinjamannya dengan kelab Jerman itu tamat.

Ketika itulah minat dari Chelsea, The Gunners dan the Magpies disebut, dengan ejen itu ‘bergerak’ untuk mengatur perpindahan.

Ejen Coutinho serius membawanya kembali ke Liga Perdana Inggeris

‘Keinginan dan keperluan’ Barca adalah menjual pemain Brazil itu sebelum tahun kewangan berakhir musim ini dan idea mereka adalah mendapatkan wang tunai € 80 juta dari penjualan pemain tersebut.

Namun, itu tidak akan perkara mudah, terutamanya semasa krisis kesihatan global.

Oleh itu, pihak Quique Setien terbuka untuk membiarkan pemain Amerika Selatan keluar dengan pinjaman lain, dengan syarat-syarat mereka dipenuhi.

Laporan Mundo Deportivo

Barcelona membenarkan Coutinho menyertai Bayern dengan bayaran pinjaman €8.5 juta dan pemenang Bundesliga itu harus menanggung gaji penuh pemain itu.

Untuk musim panas ini, pihak Camp Nou akan meminta bayaran pinjaman sebanyak € 10 juta dan mana-mana kelab yang akhirnya berjaya menandatangani bekas pemain Liverpool itu juga harus menanggung keseluruhan gajinya.

Newcastle ketika ini begitu banyak disebut dan media Catalan mengambil minat mereka dengan penuh kesungguhan.

About MyGooners 886 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment