Connect with us

Arsenal

Lacazette telah ditawarkan ke kelab lain.

Published

on

Penyerang Perancis itu boleh meninggalkan The Gunners musim panas ini.

Pada akhir bulan lalu, laporan dari Mundo Deportivo menjelaskan Alexandre Lacazette merupakan ‘sasaran utama’ Inter Milan.

Laporan Mundo pada 29 Mei

Untuk tempoh yang lama, Nerazzurri telah melihat bintang mereka Lautaro Martinez semakin berkembang dan kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.

Menurut FcInterNews, pasukan Antonio Conte akan berusaha membawa dua penyerang baharu musim panas ini.

Salah seorang daripada mereka yang akan dibawa masuk adalah pengganti kepada pemain Argentina itu dan itu akan terjadi sekiranya Martinez memutuskan untuk meninggalkan San Siro.

Advertisement

Dan seorang lagi akan menjadi penyerang pilihan ketiga dalam skuad kendalian Conte itu.

Terdapat khabar angin mengenai minat kelab Serie A terhadap penyerang The Gunners.

Dikatakan bekas penyerang Lyon itu boleh meninggalkan Emirates dan jalan keluarnya tidak akan menjadi masalah bagi Mikel Arteta.

Laman web itu menambah ejen pemain Arsenal itu telah ‘mencadangkan’ dia kepada Inter dan wakil dari pemain Perancis itu cuba memahami minat kelab Itali itu dan juga kemungkinan urusan perpindahan akan berlaku pada musim panas ini.

Advertisement
Ejen Lacazette telah menawarkan dirinya kepada kelab Itali, Inter Milan.

Malangnya bagi pemain berusia 29 tahun itu, tidak ada ‘isyarat’ dari Milan dan respons dari Inter adalah ‘suam-suam kuku’, tetapi tidak ditolak mentah-mentah.

Peluang Lacazette untuk bergabung dengan Inter kelihatan tipis kerana dia tidak termasuk dalam senarai utama perpindahan kelab Itali itu walaupun kebanyakkan media mengatakan dia adalah pilihan utama.

Bagaimanapun laporan itu menjelaskan bahawa pihak Conte memantau Edin Dzeko dari AS Roma, tetapi belum ada kontak untuk mendapatkan tandatangan pemain Bosnia itu.

Inter lebih berminat mendapatkan Dzeko berbanding Lacazette.