Connect with us

Juventus

Napoli menang Coppa Italia 2019/20

Published

on

Pasukan bimbingan Gennaro Gattuso memenangi Coppa Italia menerusi penentuan sepakan penalti (4-2) selepas terikat seri tanpa jaringan selepas 90 minit permainan.

Arkadiusz Milik menjaringkan sepakan penalti kemenangan selepas penjaga gawang Napoli Alex Meret menyelamatkan sepakan penalti Paulo Dybala dan melihat sepakan penalti Danilo melepasi palang gol.

Ini merupakan piala domestik pertama Napoli sejak 2014, dan yang pertama dalam karier pengurusan Gattuso.

Advertisement

Manakala Maurizio Sarri masih perlu menunggu untuk memenangi trofi utama domestik sepanjang karier pengurusannya.

Dengan memenangi Coppa Italia, Napoli layak secara automatik ke peringkat kumpulan Europa League musim hadapan.

Kejayaan ini juga mengurangkan kesedihan Gattuso yang kehilangan adik perempuannya Francesca disebabkan penyakit barah.

Buat Sarri, dia hanya pernah memenangi Coppa Italia Serie D bersama Sansovino sepanjang 30 tahun pengurusannya. Namun dia boleh menjulang trofi domestik pertamanya selepas Juventus sah ditabal juara Serie A pada penghujung musim 2019/20 nanti.

Advertisement
Alex Meret menyelamatkan sepakan penalti Paulo Dybala

Selepas enam tahun tanpa trofi, Napoli hadir ke perlawanan akhir ini dengan semangat membara, tidak gentar dengan status Juventus.

Percubaan jarak jauh Lorenzo Insigne pada minit ke-24 terkena palang gol, sebelum rembatan Diego Demme diselamatkan Gianluigi Buffon menggunakan kakinya.

Dan Insigne sekali lagi hampir menjaringkan gol sebelum rehat separuh masa, bermula dengan melihat percubaannya dikeluarkan dari bawah palang gol oleh Alex Sandro sebelum sekali lagi mencuba ketangkasan Buffon.

Walaupun Juventus lebih banyak menguasai permainan, namun mereka tidak banyak mencipta peluang pada separuh masa pertama.

Kesilapan Jose Callejon membolehkan Rodrigo Bentacur membuat percubaan dari jarak jauh untuk mencuba ketangkasan Meret.

Advertisement

Selepas rehat separuh masa, Leonardo Bonucci dan Dybala membuat percubaan menarik dari jarak jauh tetapi tidak memberi sebarang masalah kepada Meret.

Rakan sepasukan Buffon perlu berterima kasih kepadanya kerana dengan ketangkasannya mengheret perlawanan sehingga ke penentuan sepakan penalti.

Federico Bernardeschi gagal mengeluarkan hantaran bola dari sepakan sudut pada masa tambahan, dan pemain pertahanan Napoli Nikola Maksimovic memaksa Buffon menyelamat percubaannya di sudut jauh.

Kemudian penjaga gol veteran ini berjaya menepis sambungan percubaan daripada Elif Elmas ke tiang gol.

Advertisement

Setibanya ke penentuan sepakan penalti…

Juventus gagal menyempurnakan dua sepakan penalti pertama mereka (Dybala dan Danilo), manakala Napoli sempurnakan kesemua empat sepakan penalti menerusi Insigne, Politano, Maksimovic, dan Milik.

Dua lagi sepakan penalti Juventus disempurnakan oleh Aaron Ramsey dan Bonucci.

Cristiano Ronaldo masih belum memenangi Coppa Italia sepanjang dua musimnya bersama Juventus.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply