Norwich City lanjutkan kontrak pinjaman Ondrej Duda

Ondrej Duda

Norwich City mengesahkan perjanjian pinjaman Ondrej Duda telah dilanjutkan sehingga penghujung Liga Perdana Inggeris musim ini.

Liga Perdana Inggeris akan bersambung semula pada minggu ini, selepas dihentikan pada pertengahan bulan Mac akibat wabak virus corona.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu menyertai the Canaries dari Hertha Berlin pada Januari lepas tetapi telah dijadualkan untuk kembali ke kelab asal sebaik sahaja jadual asal kempen ini berakhir pada bulan Jun.

Dan setelah perkara ini diperbaiki, bermakna pemain antarabangsa Slovakia ini akan kekal di kelab untuk membantu mereka melompat keluar dari zon penyingkiran, dan bersiap sedia menentang Southampton dalam perlawanan pertama mereka dalam kempen yang bersambung semula ini.

Pengurus kelab Daniel Farke berkata dalam laman web rasmi kelab: “Kami berterima kasih kepada Hertha kerana membenarkan Ondrej untuk kekal bersama kami.

“Kami tahu kami mempunyai tempoh perlawanan yang sangat penting dan kami berharap Ondrej boleh menyumbang untuk membantu kami mencapai apa yang kami inginkan buat masa ini.”

Ondrej Duda sudah membuat lapan penampilan dalam semua kejohanan untuk Norwich City musim ini
466Shares

Be the first to comment

Leave a Reply