Connect with us

Everton

Pemain pertahanan tengah Everton bakal terlepas aksi awal selepas liga bersambung semula.

Published

on

Everton

Yerry Mina bakal terlepas perlawanan awal bersama Everton apabila Premier League (PL) bersambung semula nanti kerana masalah kecederaan peha semasa menjalani latihan pada hari Jumaat lepas.

Dia akan diketepikan selama beberapa minggu, dan ia bermakna dia tidak dapat dipilih apabila Everton menyambung semula kempen pada 19 – 21 Jun nanti.

Satu kenyataan pendek dari laman sesawang Everton berkata: “Kelab Bola Sepak Everton boleh mengesahkan Yerry Mina akan diketepikan selama beberapa minggu selepas mengalami kecederaan otot.

Advertisement

“Satu imbasan telah mengesahkan pemain antarabangsa Colombia ini telah menderita separa koyak pada otot quad kirinya dalam sesi latihan minggu lepas.

“Pemain berusia 25 tahun kini dalam peringkat awal rehabilisasi di bawah jagaan kakitangan perubatan kelab dan telah membuat kemajuan yang baik.

Everton dijadualkan bermain menentang pendahulu liga dan seteru Merseyside Liverpool dalam perlawanan pertama mereka nanti.

Pihak polis telah meminta perlawanan ini – yang akan dimainkan di Goodison Park – untuk dipindah dan dimainkan di satu tempat berkecuali.

Advertisement

PL telah menerima banyak cadangan dari pihak polis untuk mengadakan perlawanan di tempat berkecuali, dan mereka sertakan sebarang perlawanan yang membolehkan Liverpool memenangi mahkota kejuaraan.

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp memerlukan dua kemenangan lagi – atau satu, jika Manchester City tewas satu perlawanan dalam tangan menentang Arsenal – untuk mencapai jumlah mata yang tidak dapat lagi dikejar dan diatasi oleh City.

Para pemain lain juga mungkin terpaksa melupakan aksi sambung semula musim ini jika mereka mendapat keputusan positif dalam pusingan ujian minggu ini.

Semua pemain dan kakitangan kelab akan menjalani ujian virus corona dua kali seminggu sebelum tarikh sambung semula liga pada 17 Jun, dan sesi minggu ini akan dilakukan pada hari Selasa dan Jumaat.

Advertisement