Nagelsmann tidak mampu berbuat apa-apa mengenai perpindahan Werner ke Chelsea.

Pengurus itu menunjukkan tiada apa yang dapat dilakukan oleh Leipzig.

Pada hari Jumaat, akhbar Jerman, Bild muncul dengan dakwaan besar di mana Timo Werner akan berpindah ke Chelsea.

Penyerang RB Leipzig itu begitu kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool sejak kebelakangan ini, tetapi The Reds tidak mengambil sebarang langkah untuk menyelesaikan urusan perpindahan itu.

Bild mendakwa Chelsea akan membayar klausa pelepasan Werner yang bernilai £53 juta dan mereka juga mengambarkan bahawa perpindahan ke kelab London itu bagaikan sudah selesai.

Julian Nagelsmann telah ditanya mengenai dakwaan penyerangnya itu yang dikatakan telah menandatangani kontrak dengan Chelsea selepas perlawanan Sabtu lalu yang berkesudahan Leipzig seri 1-1 dengan Paderborn.

Kicker memetik pengurus itu mengatakan bahawa Werner belum memberitahunya apa-apa lagi mengenai kemungkinan perpindahan itu, tetapi Nagelsmann juga mengakui bahawa pemain itu tidak perlu melakukannya [memberitahunya].

Dengan keadaan klausa pelepasan yang dimiliki Werner, Kicker yakin bahawa rundingan di antara kelab tidak perlu dilakukan mengenai bayaran perpindahan.

Pengendali Leipzig itu turut menjelaskan bahawa terdapat tiga atau empat pemain beliau yang mempunyai klausa pelepasan dan itu menyebabkan tidak banyak yang dapat dilakukan kelab dalam menghalang perpindahan daripada terjadi.

Chelsea harus membayar klausa itu sebelum 15 Jun, jadi sekiranya perpindahan tersebut disahkan, maka itu akan berlaku pada minggu berikutnya.

Nagelsmann pasti akan mengetahui semua perkara mengenainya.

Mengenai minat dari kelab lain, terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa Bayern Munich juga masih berminat, tetapi tidak ada yang serius buat masa sekarang dalam dakwaan tersebut.

Tiada apa yang dapat dilakukan Leipzig sekiranya terdapat kelab yang mampu memenuhi klausa pelepasan pemain dengan pemain itu sendiri turut bersetuju untuk berpindah.
466Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply