Connect with us

Arsenal

Arsenal ‘sanggup keluarkan € 45 juta’ untuk dapatkan pemain sayap Sporting.

Published

on

The Gunners ‘tergila-gila’ dengannya, akan menawarkan kontrak lima tahun.

Arsenal telah lama tergila-gilakan dengan Joelson Fernandes dan bakal mendapatkan pemain sayap berusia 17 tahun itu pada bila-bila masa, bahkan sanggup membayar klausa pelepasannya berjumlah 45 juta euro.

Akhbar Portugal menulis bahawa The Gunners ‘gila’ dengan pemain sayap Sporting dan bersedia menebus klausa pelepasannya.

Laporan itu mendakwa bahawa pada hari Rabu, terdapat beberapa pertemuan di mana Arsenal ‘meningkatkan’ minat mereka terhadap pemain berusia 17 tahun itu.

Advertisement

Rundingan itu dikendalikan oleh ejen Joelson, Kia Joorabchian, yang mempunyai ‘hubungan istimewa’ dengan pihak London, serta bapa pemain itu, Eusebio Mango Fernandes.

Dikatakan tawaran itu boleh dibuat dalam beberapa hari mendatang.

A Bola menulis bahawa Arsenal melihat potensi besar dalam Joelson, dan tidak mahu melepaskan peluang untuk menandatangani pemain berkelas dunia yang berpotensi, setelah terlepas menandatangani Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes sebelum ini.

Menebus klausa pelepasannya adalah cara untuk terbaik buat The Gunners untuk mengelakkan persaingan dari pasukan seperti Barcelona dan Juventus.

A Bola semalam, 23 Julai 2020

Ia juga mendakwa bahawa The Gunners akan menawarkan kontrak lima tahun kepada Joelson, dengan janji untuk memberinya tempat dalam pasukan utama dengan segera.

Pemain remaja itu membuat penampilan sulung untuk Sporting bulan ini, dan hanya bermain selama 63 minit untuk pasukan utama setakat ini.

Advertisement

Semalam kami turut mengulas dari sumber – media yang sama mengenai laporan mereka yang mengatakan Arsenal selangkah di hadapan dalam mendapatkan pemain ini.