Gattuso tidak risau akan Barcelona

Gennaro Gattuso telah memberi amaran kepada Napoli untuk tidak terlalu memikirkan pertembungan Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona selepas kekalahan mengejut kepada Parma.

Napoli tewas 2-1 dalam perlawanan Serie A menentang Parma pada hari Rabu dan mengakhiri lima perlawanan tanpa kalah.

Mereka menduduki tangga ketujuh Serie A dan tidak boleh menamatkan liga lebih tinggi dari tempat kelima dengan baki tiga perlawanan liga lagi.

Gattuso sudah mendesak pasukannya untuk kekal fokus dengan perihal domestik, dan bukan aksi Liga Juara-Juara Eropah bulan depan menentang Barca.

“Minda kami tidak boleh fokus ke atas Barcelona sekarang. Kami melepaskan banyak gol,” kata ketua jurulatih Napoli ini.

“Kami menghabiskan banyak masa di bahagian padang pihak lawan, tetapi kami tidak dibenarkan untuk berfikir yang kami yang terbaik. Tidak. Terdapat fasa pertahanan juga.

“Nombor-nombor memberitahu kami yang kami banyak lepaskan gol, setiap kali pihak lawan kami mendapat peluang mereka memberikan masalah. Ia bukan mengenai pemain pertahanan kami, tetapi seluruh pasukan.”

Gianluca Caprari dan Dejan Kulusevski menjaringkan gol sepakan penalti untuk Parma, di antara jaringan gol sepakan penalti Lorenzo Insigne untuk Napoli.

Napoliakan kembali beraksi pada Sabtu ini, apabila mereka menjadi tuan rumah menentang Sassuolo.

0Shares

Be the first to comment

Leave a Reply