Connect with us

Borussia Dortmund

Jude Bellingham sambung karier bolasepak di Jerman

Published

on

Borussia Dortmund dilaporkan sudah melengkapkan perpindahan Jude Bellingham dengan bayaran perpindahan £21juta.

Bellingham dikatakan menandatangani kontrak lima tahun bersama Dortmund.

Pemain remaja prospek tinggi ini menarik perhatian banyak kelab setelah mula bermain untuk pasukan utama Birmingham City di bawah pengurus Pep Clotet, membuktikan dirinya mempunyai kualiti di luar divisyen kedua bolasepak Inggeris itu.

Advertisement

Dortmund sudah lama menyatakan minat mereka terhadap pemain remaja sensasi ini, dan sudah bersaing dengan Manchester United untuk mendapatkan khidmatnya.

Tetapi, beberapa laporan pada petang Khamis mencadangkan kelab Jerman itu telah memenangi tandatangan pemain remaja ini, dan dikatakan telah menyatakan komitmen dengan lima tahun perjanjian selepas Dortmund bersetuju bayaran perpindahan bernilai £21juta dengan the Blues.

Pengumuman dari kelab naib juara Bundesliga 2019/20 akan diumumkan tidak lama lagi, yang akan menjadi satu lagi tamparan buat Ole Gunnar Solskjaer dalam masa beberapa hari ini.

Pengurus Manchester United ini sudah mengaku kalah dalam usahanya untuk mengekalkan pemain remaja Angel Gomes di kelab, selepas pemain itu membuat keputusan untuk meninggalkan kelab secara percuma selepas kontraknya tamat.

Advertisement

Walaupun Bellingham bukan pemain sasaran nombor satu Solskjaer pada musim panas ini, ia tetap menunjukkan kepincangan dalam rancangan musim panas the Red Devils.

United sudah mencuba pelbagai cara pada awal tahun ini untuk meyakinkan pemain remaja berusia 17 tahun itu bahawa Old Trafford sebagai tempat terbaik untuk dia mengembangkan permainannya.

Walaubagaimanapun, dikatakan faktor utama menyebabkan Bellingham membuat keputusan berpindah ke Jerman adalah kerana senarai rekod kejayaan Dortmund dalam menggilap bakat pemain muda terbaik dunia, seperti dilihat yang berlaku kepada Jadon Sancho dan Erling Haaland.

Pemain tengah kelahiran Stourbridge ini, yang menerima gaji mingguan sebanyak £145 di Birmingham, boleh memperoleh pendapatan sehingga £60,000 seminggu di Dortmund.

Advertisement

Bellingham dibenarkan untuk bermain baki kempen 2019/20 untuk pasukan bimbingan Clotet, yang kini menduduki tempat ke-17 Championship, sebelum menyertai pasukan Lucien Favre.

Seorang lagi bakat muda Inggeris berpindah ke Jerman