Konstantinos Mavropanos sertai VfB.

Stuttgart mengesahkan kedatangan Konstantinos Mavropanos dalam bentuk pinjaman.

Pertahanan muda Arsenal sertai kelab Jerman sekali lagi, juga secara pinjaman.

Pertahanan tengah berusia 22 tahun itu akan mmenyarung jersi VfB musim depan selepas menyertai kelab itu secara pinjaman dari Arsenal.

VfB Stuttgart telah melengkapkan perpindahan pinjaman pemain pertahanan Arsenal berusia 22 tahun, Konstantinos Mavropanos untuk musim depan.

Pertahanan tengah dengan ketinggian 1.94 meter, telah menyertai The Gunners sejak Januari 2018, akan memakai jersi nombor lima di Mercedes-Benz Arena.

Bekas pemain antarabangsa bawah 21 tahun Greece, Mavropanos membuat 12 penampilan untuk 1. FC Nürnberg dalam tempoh pinjaman pada separuh kedua penggal lalu.

“Kami sangat gembira dapat menandatangani Konstantinos Mavropanos selama satu musim.

“Kami berada di Arsenal bersama-sama, dan saya telah mengikuti perkembangannya sejak sekian lama.

“Konstantinos kuat dalam mengatasi (tackle), pantas dan sesuai untuk kami dengan kebolehan dan cita-citanya. ” – Pengarah sukan VfB Stuttgart, Sven Mislintat.

“Berpindah ke VfB adalah cabaran baru dalam karier saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan dan jurulatih atas kepercayaan yang mereka berikan kepada saya.

“Tujuan saya adalah untuk membalas kepercayaan mereka dengan persembahan yang baik dan memainkan peranan saya dalam musim yang berjaya untuk VfB. ” – Konstantinos Mavropanos.

466Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply