Md. Rayhan Kabir berjaya diberkas.

Warga Bangladesh dikenali sebagai Md. Rayhan Kabir yang dicari pihak berkuasa akhirnya berjaya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 6 petang.

Menurut beliau, lelaki warga asing itu kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh JIM.

Menurut laporan Harian Metro, Md. Rayhan Kabir ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Ia hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota bahagian risikan Ibu Pejabat JIM.

Md. Rayhan Kabir diburu pihak polis selepas membuat dakwaan mengenai warga asing di Malaysia dilayan seperti haiwan.

Dia membuat dakwaan itu ketika ditemu bual oleh stesen penyiaran Al Jazeera.

Ekoran itu, JIM memohon kerjasama warga Malaysia memberikan maklumat dalam membantu mereka mencari lelaki itu bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

n

Menerusi dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’, Md Rayhan Kabir mendakwa wujud diskriminasi di Malaysia dalam mengendalikan kes COVID-19 membabitkan warga asing.

466Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply