Connect with us

La Liga

Perez: Sergio Ramos akan tamatkan karier di Real Madrid

Published

on

Florentino Perez pasti Sergio Ramos akan menamatkan kariernya di Real Madrid setelah mengetuai mereka ke kejuaraan La Liga ke-34 awal pagi tadi.

Kemenangan 2-1 Los Blancos ke atas Villarreal membolehkan mereka menjuarai liga buat kali pertama sejak musim 2016/17.

Ramos sangat berpengaruh sepanjang kempen, menjaringkan lima gol dalam 10 perlawanan La Liga terakhir, mengutip pingat juara kelima dalam karier Real Madrid yang gemilang.

Advertisement

Sebelum ini, dia sudah menjuarai La Liga bersama Real Madrid pada musim 2006/07, 2007/08, 2011/12, dan 2016/17.

Pemain berusia 34 tahun ini akan tamat kontrak pada hujung musim hadapan dan dia berkata mahu menamatkan kariernya dengan Madrid, walau mengaku ia bergantung dengan apa yang dimahukan Perez.

Sergio Ramos mencium trofi kejuaraan La Liga musim 2019/20

Ramos pernah dikaitkan untuk keluar dari kelab pada 2019, dengan khabar angin mengatakan dia mungkin akan ke China, walaupun selepas itu dia menyatakan semula komitmen masa depannya bersama Real Madrid.

Presiden kelab juga berminat untuk Ramos menamatkan masa bermainnya dengan kelab, mengatakan dia dengan sepenuhnya berharap dia akan kekal dengan kelab.

“Ramos sudah pasti akan menamatkan kariernya di Real Madrid,” Perez memberitahu Movistar.

Advertisement

“Walaupun sudah ada perbualan mengenainya, ia tidak akan berubah, semua orang sangat tenang. Dia lebih daripada seorang kapten. Dia mengetuai pasukan dengan kepimpinan yang hebat.”

Perez juga memuji Zinedine Zidane kerana membawa kejuaraan kembali ke ibu negara Sepanyol.

Zidane memenangi La Liga dan tiga Liga Juara-Juara Eropah berturut-turut dalam tempoh pertamanya sebagai pengurus dan hanya kembali pada Mac tahun lepas selepas menerima tawaran kecemasan daripada Perez.

Walau permainan Madrid tidak la mengujakan untuk disaksi dalam beberapa musim kebelakangan ini, Perez tahu kepentingan pengurus Perancis tersebut.

Advertisement

“Dia telah memenangi trofi setiap 19 perlawanan,” katanya.

“Ia adalah satu berkat dari syurga dan dia sudah lama bersama dengan kami.

“Mereka boleh mengkritiknya dengan apa yang mereka mahukan. Kami akan terus memenangi kejuaraan.”

Madrid tidak menunjukkan tanda kemerosotan selepas penyambungan semula liga berikutan penundaan yang terpaksa dibuat kerana virus corona, memenangi 10 perlawanan mereka, dan Perez kagum dengan tahap konsisten pasukan.

Advertisement

“Kami berlatih dengan baik dan kami mempunyai mentaliti untuk kembali dengan keinginan memenangi kejuaraan ini,” tambahnya.

“Kekuatan yang kami ada sudah dilihat oleh semua orang. Ia akan tercatat dalam sejarah Madrid.