Connect with us

La Liga

Real Madrid juara La Liga Sepanyol 2019/20

Published

on

Real Madrid menewaskan Villarreal 2-1 di Santiago Bernabeu untuk meraih kejuaraan La Liga ke-34 mereka.

Karim Benzema menjaringkan satu gol dalam setiap separuh masa membantu Real Madrid memenangi La Liga kali ke-34 dengan kemenangan 2-1 ke atas Villarreal.

Itu merupakan gol liga ke-20 dan 21 penyerang Perancis itu musim ini dan menyebabkan sebarang keputusan perlawanan Barcelona menentang Osasuna tidak lagi memberikan apa-apa kesan.

Advertisement

Pasukan bimbingan Zinedine Zidane mengawal perlawanan sehinggalah gol tandukan Vicente Iborra pada lewat perlawanan memberikan sedikit pengakhiran yang gementar, namun 10 kemenangan berturut-turut sejak musim La Liga bersambung semula bermakna Real menjadi juara dengan baki satu perlawanan lagi.

Benzema menjaringkan tujuh gol dalam perlawanan-perlawanan tersebut dan sumbangan melengkapkan kejayaan liga mereka kerana gol-gol penyerang itu dan asas pertahanan yang kukuh telah menjadi tunjang kempen Madrid.

Gol pertama perlawanan hadir pada minit ke-29. Casemiro memintas hantaran bola Sofian Chakla dan Luka Modric pantas melorongkan bola kepada Benzema, yang merembat deras di tengah-tengah kangkang Sergio Asenjo.

Asenjo menggagalkan percubaan Dani Carvajal pada awal separuh masa kedua selepas pemain bek ini menunjukkan skil kaki yang pantas untuk merembat menggunakan kaki kiri.

Advertisement

Madrid diberikan peluang keemasan untuk menggandakan gol selepas Sergio Ramos mara ke hadapan dan kemudian dianugerah sepakan penalti yang meragukan apabila pengadil perlawanan menghukum Chakla yang dikatakan membentes kapten Los Blancos itu.

Ramos memberikan tugasan sepakan penalti itu kepada Benzema, dan dia sempurnakan tugasannya itu.

Rembatan Toni Kroos menggegar palang gol sebelum tandukan deras Iborra pada minit ke-83 menyebabkan Real gementar pada baki tujuh minit perlawanan.

Thibaut Courtois dengan cekap menyelamatkan dua percubaan daripada Bruno Soriano dan Iborra dalam gerakan serangan yang sama.

Advertisement

Marco Asensio fikir dia sudah meredakan keadaan dengan jaringan gol ketiga pasukan pada masa tambahan, namun dibatalkan oleh VAR, tetapi ia tidak memberikan kesan terhadap suasana juara baru La Liga ini.

Madrid kini sudah memenangi 11 trofi dalam dua tempoh pengurusan Zidane, dan mereka mempunyai lapan kejuaraan liga melebihi kelab seteru Clasico mereka [Barcelona – 26 kejuaraan La Liga].

Pemain-pemain Real Madrid menjulang Zinedine Zidane selepas kejayaan menjuarai La Liga 2019/20.