Connect with us

AC Milan

Stefano Pioli kekal sebagai pengurus AC Milan

Published

on

Stefano Pioli akan kekal menjadi pengurus AC Milan selepas menandatangani kontrak lanjutan dengan kelab Serie A itu.

Dijangkakan Pioli akan digantikan oleh Ralf Rangnick, yang sudah terlibat dalam perbincangan dengan the Rossoneri dalam satu perjanjian yang akan menyaksikan dia akan menjadi ketua jurulatih dan pengarah sukan.

Tetapi, wakil Rangnick telah mengesahkan pada hari Selasa bahawa perbincangan telah dibatalkan kerana “kini bukan masa yang tepat dan tiada momentum untuk bekerja bersama”.

Advertisement

Marc Kosicke juga menunjuk kepada “perkembangan dan keputusan yang baik di bawah Piolo” sebagai sebab perpindahan itu tidak terjadi.

Milan kemudian mengesahkan jurulatih semasa mereka telah bersetuju dengan kontrak baru yang akan mengekal dirinya di San Siro sehingga Jun 2022.

“Saya gembira dan berbangga dengan kepercayaan yang saya terima dari AC Milan,” kata Pioli dalam satu kenyataan.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua orang, termasuk peminat-peminat kami, yang sangat dirindui di stadium ini, tetapi sentiasa dekat dan memberi sokongan. Seperti yang saya telah banyak kali katakan, masa depan kami adalah hari ini: kami mesti fokus dan berazam, bersatu dan bermain sebagai satu. Kami di permulaan satu laluan yang menakjubkan. Jika kami terus bekerja seperti ini, kami akan membesar dan lebih kompetitif.”

Advertisement

CEO Ivan Gazidis berkata: “Stefano telah menunjukkan yang dia boleh memberikan visi bolasepak yang kami ada untuk kelab kami – menarik, progresif dan bersemangat.

“Ini bukan satu keputusan yang berlandaskan keputusan-keputusan perlawanan sebelum ini, tetapi berdasarkan bagaiman Stefano membina semangat pasukan dan kesatuan tujuan, cara dia meningkatkan prestasi pemain secara individu dan pasukan kolektif, cara dia menerima visi kami dan cara dia mewakilkan dirinya dan nilai-nilai kelab.” 

Pioli menerima sokongan daripada para pemain, termasuk Zlatan Ibrahimovic, apabila spekulasi berterusan di akan digantikan oleh Rangick, yang dikatakan berminat dengan dua peranan yang menyaksikan Pengarah Teknikal Paolo Maldini mungkin akan dipaksa meninggalkan kelab.

Terdapat laporan mengatakan perundingan tidak diteruskan kerana Rangnick, yang mengetuai seksyen sukan dan pembangunan Red Bull, tidak bersedia untuk menerima kertas cadangan baru yang akan menyaksikan dia menyertai sebagai pengarah tetapi Pioli masih kekal mengendalikan pasukan utama.

Advertisement

Milan menikmati siri prestasi perlawanan yang kuat sejak penyambungan semula musim bulan lepas, dengan kemenangan 2-1 ke atas Sassuolo menjadi 10 perlawanan tanpa tewas dalam semua pertandingan.

Kemenangan meletakkan mereka di tempat kelima dalam carta Serie A, satu mata mengatasi Roma dan tiga mata mengatasi Napoli, berkelebihan satu perlawanan.

Ia juga perlawanan kesembilan berturut-turut Milan mendaftar sekurangnya dua gol, rentetan jaringan gol terbaik mereka dalam liga sejak 1964.

Advertisement