Analisis taktikal dan kelebihan Willian Borges da Silva.

Willian Borges Da Silva

Ulasan dan kajian mengenai kelebihan yang ada pada pemain Chelsea yang hangat diperkatakan bakal menyertai Arsenal.

Memenangi dua kejuaraan liga selain gelaran Liga Europa, Carling Cup dan Piala FA atas namanya sepanjang tempoh tujuh tahun bersama Chelsea, Willian pastinya (sepatutnya) lebih dihargai oleh peminat mereka.

Dan jika mengambil kira tempoh dan pencapaian bersama The Blues itu, sudah pasti dia akan menjadi sebahagian daripada pemain kesukaan peminat dan penyokong Chelsea.

Willian, tidak dinafikan berjaya dan pernah menjaringkan gol penting untuk Chelsea serta pemain Brazil itu juga tetap mempamerkan aksi dan persembahan yang konsisten walaupun di bawah kendalian beberapa pengurus berbeza di Stamford Bridge.

Beraksi pada posisi sayap kanan selain mampu bermain di sayap kiri serta tengah menyerang, Willian telah 47 penampilan bersama Chelsea musim ini dengan 11 gol dan sembilan bantuan dihasilkan beliau.

Selain dikaitkan dengan Barcelona yang berminat mendapatkan khidmatnya, pemain ini turut kuat dikatakan bakal menyertai Arsenal dan kami bertanya pada diri sendiri, apa yang menariknya Willian Borges?

Dengan usia bakal mencecah 32 tahun pada 9 Ogos ini… adakah dia masih seorang pemain yang mampu memberikan impak kepada Arsenal?

Lebih-lebih lagi dia meminta kontrak selama tiga tahun yang akan menyaksikan dia akan menamatkan kariernya di Emirates (sekiranya berlaku) pada usia 35 tahun.

Memahami dan mengenali Willian

Untuk mengetahui dimanakah kehebatan Willian yang menjadi (dikatakan) pilihan Barcelona dan Arsenal serta beberapa pasukan lain, kita harus melihat apa yang dilakukannya dengan baik dan apa yang tidak.

Sepanjang kariernya bersama Chelsea, dia merupakan pemain sayap yang fleksibel yang mampu bermain dalam pelbagai sistem yang diperkenalkan oleh semua jurulatih yang mengendalikan The Blues dengan mudah.

Posisi yang dimainkan Willian bersama Chelsea dalam sepanjang kariernya setakat ini.

Sepanjang tujuh tahun di Stamford Bridge, Willian telah membuat 339 penampilan dan hampir separuh daripadanya, dia beraksi pada bahagian sayap kanan.

Jika berpandukan statistik dibawah, posisi terbaik (hasil terbaik) menggunakan Willian adalah pada bahagian tengah menyerang walaupun lebih kerap digunakan sebagai sayap kanan.

Dan ini menjelaskan fungsi kepelbagaian yang mampu disumbangkan pemain ini.

Beraksi pada posisi tengah menyerang, dia menghasilkan jaringan dan bantuan lebih efektif berbanding sayap kanan dengan 30% jaringan dan 20% bantuan gol.

Manakala pada bahagian sayap, dia memberikan hasil 13% jaringan dan 19% bantuan gol.

Posisi Penampilan Jaringan Bantuan gol
Sayap Kanan 164 22 31
Tengah Menyerang 97 29 19
Sayap Kiri 49 8 11
Penyerang kedua 5
Tengah kanan
4 1

Radar UnderStat menunjukkan bahawa sepanjang kariernya di Chelsea, Willian telah menjadi pencipta yang boleh dipercayai dari setiap kedudukan dan sistem yang dimainkannya.

Metrik kunci hantarannya (key passes) sangat menarik, kerana dia mencipta purata 2.66 Key Passes per 90 minit dari kawasan sayap (wide) yang sangat berguna untuk Chelsea, yang mana ia menjadi sebahagian besar peluang yang hasilkan mereka.

Statistik Willian. Kredit UnderStat

Salah satu aspek penting yang kita dapat lihat dari Willian adalah kemampuannya untuk menyumbang pada tahap kedua build-up.

Dia memiliki keyakinan dalam pemilikan dan kerana itu, Willian dapat mendorong pasukannya lebih ke depan.

Dia jarang sekali kehilangan bola dalam posisi ataupun kedudukan leka (cuai) dan ini sangat membantu jika anda bermain sebagai pemain utama yang memberi ancaman dalam melakukan serangan balas pasukan.

Willian jelas menjadi penyumbang utama kepada Chelsea dalam mencipta peluang kepada pasukan dan data yang ditunjukkan dibawah menjelaskan kelebihan dan kemampuan yang ada padanya.

Progressive Distance Carried per 90 (Willian). Kredit kepada Mark Carey
Key Passes per 90 (Willian). Kredit kepada Mark Carey

Dari data dan statistik di atas, anda dapat melihat dengan jelas bahawa Willian mahir dan menjadi pembawa bola yang hebat untuk seluruh skuad Chelsea selain Kovacic.

Sebilangan besar pemain sayap gagal mempamerkan kebolehan ini dalam konteks yang stabil, kombinasi yang sangat sukar dicari oleh mana-mana pengurus.

Ia membolehkan jurulatih memainkan pemain Brazil ini dengan peranan yang berbeza baik sebagai pemain tengah dan pemain depan bergantung pada rancangan permainan pengurus itu sendiri.

Bukan itu saja, malah kemampuannya untuk menonjolkan dirinya sendiri dan membantu rakan sepasukan melalui dribbling dan hantaran, adalah satu kelebihan yang tidak boleh dinafikan.

Willian Shot Creating Actions

Dia juga mempunyai penglibatan dalam final third – di kawasan penalti dan secara efektif beroperasi sebagai pencipta peluang utama Chelsea dari luar.

Persepsi bahawa hanya kerana Willian bermain di sayap, dia seharusnya lebih menyumbang kepada lebih banyak gol dan bantuan adalah mudah untuk dijadikan point ataupun bahan penilaian buat peminat.

Masalah yang dihadapi oleh kebanyakan peminat adalah kekurangan ancaman gol Willian.

37 gol dalam 234 penampilan pada masa tulisan ini dibuat, bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan dan ini membatasi pengaruhnya di mata banyak pihak.

Willian’s non Penalty xG/90

Tidak termasuk penalti, Willian mempunyai 0.14 xG gol, pencapaian lebih rendah berbanding pertahanan kiri Chelsea, Marcos Alonso.

Ini semua mengenai persepsi yang dimiliki peminat terhadap pemain tertentu yang mempengaruhi pandangan berat sebelah mereka terhadap Willian.

Sepanjang kariernya, Willian merupakan pencipta peluang paling tinggi buat Chelsea, begitu juga jumlah bantuan yang dihasilkannya.

Bantuan Gol dihasilkan Willian merupakan 0.22 per 90 minit yang menjadi paling tinggi dikalangan pemain Chelsea.

Jumlah yang dihasilkannya secara konsisten membuktikan kelebihan dan kehebatannya.

Jelas sekali kehadirannya dalam pasukan Chelsea membuatkan mana-mana pengurus mereka termasuklah Frank Lampard sangat terkesan dengan sikap dan kesediaannya untuk menyesuaikan diri dalam permainan mahupun taktik bertahan sebagaimana bekas pengendali mereka terdahulu, Antonio Conte.

Impak Willian

Chelsea telah memberi kebebasan kepada Willian untuk pergi dari luar (sayap -tepi) ke dalam dan dari luar ke dalam, bergantung kepada lawan lawan yang dihadapinya.

Dia selesa dengan bola di kakinya dan juga tanpa memilikinya, menjadikannya lebih mudah untuk menyesuaikan diri di kedua-dua sayap.

Pemain Brazil itu bermula di separuh ruang di bahagian mana-mana sayap yang dimainkannya, dan mempunyai dua tanggungjawab.

  • Masuk ke tengah pertahanan lawan dengan kemampuannya untuk menggelecek bagi mencipta ruang.
  • Menarik pertahanan lawan keluar dari posisi mereka.
Posisi Willian di atas padang. Kredit info grafik: tactical-baord.

Pemain sayap Chelsea itu mempunyai Reece James / Azpilicueta untuk sokongan di sebelah kanannya dan dengan pemain sasaran (target man) seperti Abraham ataupun Giroud untuk dimainkan.

Dia dengan mudah dapat menembusi/memasuki kotak penalti lawan dengan kelicikan dan kemahiran kakinya, dengan dia selesa di kedua-dua belah kaki, pertukaran permainan sentiasa dihidupkan.

Yang paling menarik perhatian mengenai Willian adalah tindakan bertahanan ataupun kemampuan dia memberi sokongan kepada pasukan dalam situasi bertahan.

Dia tidak takut bekerja untuk pasukannya dan bersedia melakukan peralihan untuk membantu Chelsea ketika mereka dibanjiri di bahagian tengah.

Berdasarkan kepada statistik dan info dari FBref, berikut adalah apa yang diperkatakan diatas tadi dalam bentuk lebih ringkas (dibawah):

Willian Defensive Actions (19/20)

Tackles Attempted and Won 43/27
Tackles in Defensive third 13
Tackles in Middle third 22
Tackles in Attacking third 8
Pressing an Opponent per 90 17.9
Blocks per 90 0.73

Kesimpulan dan rumusan

Keupayaan untuk kebolehan pertukaran dalam menyerang dan bertahan secara serentak, menjadi ancaman dan kelebihan Willian.

Ini juga menjadikan dia sebagai pemain yang ingin dimiliki oleh mana-mana pengurus yang gemar mempraktikan tekanan (pressing) dalam menyerang ataupun bertahan.

Kelebihan dan kebolehan yang ada pada Willian ini menjadi sebab (boleh dikatakan begitu) mengapa Barcelona ataupun Arsenal berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Dan ini juga menjelaskan mengapa Lampard mahukan dia melanjutkan kontrak dan kekal bersama The Blues.

Namun pada usia bakal mencecah 32 tahun pada Ogos ini, tempoh kontrak selama tiga tahun yang dipinta Willian begitu sukar untuk dipenuhi oleh kebanyakkan kelab-kelab besar.

Willian mungkin mencari jaminan masa depan (kewangan) untuk tempoh tiga tahun, kelab pula mahukan meminum risiko dari perbelanjaan yang dikeluarkan (pembayaran gaji) kerana krisis coronavirus ketika ini.

Dengan kontrak besar dan terakhir yang dicarinya, pemain Brazil itu pasti mahu mencari minit permainan dan kelab sudah tentu akan mempertimbangkan faktor kecergasan pemain itu.

Musim 2019/20, Willian membuat 20 penampilan penuh (90 minit) dan secara keseluruhan membuat 2,604′ minit untuk 36 aksi Liga Perdana Inggeris.

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Bermula Dikeluarkan Dimasukkan Minit Beraksi
Liga Perdana Inggeris 36 9 7 29 11 7 2,604′
Liga Juara-Juara 7 1 1 530′
Piala FA 4 1 1 231′
JUMLAH 47 11 9 29 11 7 3,365′

Willian sememangnya pemain yang hebat dan Arsenal ataupun mana-mana kelab mampu menandataganinya secara percuma.

Namun pada usia bakal mencecah 32 tahun pada 9 Ogos ini, sudah pasti kontrak tiga tahun yang dipinta Willian agak menyukarkan mana-mana kelab untuk mendapatkan khidmatnya, lebih-lebih lagi dengan situasi kewangan kelab yang terjejas ekoran coronavirus.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment