Connect with us

Arsenal

Arsenal dinamakan antara kelab yang dapat menandatangani Lionel Messi.

Published

on

Bintang Argentina dan Barcelona itu dilaporkan mahu mengaktifkan klausa pelepasannya yang membolehkan beliau meninggalkan kelab Catalan tersebut.

Sekiranya anda terlepas keretapi, awal pagi tadi heboh mengenai cerita dakwaan dari akhbar Argentina mengenai permintaan Lionel Messi untuk meninggalkan Barcelona.

TyC Sports adalah yang pertama menyampaikan berita di Argentina pada jam 13:56 waktu tempatan.

Mereka melaporkan Messi akan mengaktifkan klausa yang membolehkan dirinya menamatkan kontrak dengan Barcelona sebelum bermulanya musim 2020/21.

Advertisement

Hari ini media antarabangsa dipenuhi dengan cerita mengenai bintang tersohor itu, mengingat kembali tempoh dua dekadnya di Catalan.

Dan menjadi persoalan di manakah denstinasi beliau seterusnya.

Diário Olé, akhbar sukan terbesar di Argentina, membawa senarai panjang kelab yang akhirnya dapat mengambil Lionel Messi dari Camp Nou musim panas ini.

Laporan media terbesar Argentina mengenai destinasi Messi seterusnya.

Namun harus difahami bahawa mereka seperti tidak mempunyai maklumat lanjut mengenainya (destinasi Messi yang seterusnya), kerana apa yang mereka lakukan hanyalah mengenal pasti pihak yang mempunyai kedudukan untuk menandatangani bintang Argentina itu.

Sebelum mengulas lanjut laporan itu, kita pastinya akan terfikir kelab-kelab seperti Chelsea, Manchester City dan Manchester United dalam senarai itu, memandangkan keupayaan kewangan dan kemampuan mereka.

Advertisement

Dan kelab-kelab itu sememangnya berada dalam senarai tersebut bersama PSG, Inter Milan, Juventus dan Milan.

Tetapi ada satu lagi kelab Inggeris yang disertakan dalam senarai itu dan itu adalah Arsenal.

Mereka menulis bahawa The Gunners ‘adalah satu lagi kelab hebat Liga Perdana Inggeris yang boleh berbelanja besar dan Messi akan menjadi pembelian mewah’.

Ke manakah destinasi Messi selepas meninggalkan Barcelona?

Namun, laporan media itu juga mengatakan bahawa Arsenal tidak merancang untuk menghabiskan banyak wang bagi perbelanjaan kali ini setelah terjejas ekoran krisis Coronavirus.

Itu adalah ‘trend yang telah berulang selama bertahun-tahun’.

Advertisement
Laporan Ole yang mengaitkan ataupun menyebut Arsenal sebagai salah satu pasukan berpotensi mendapatkan Messi.

Tanpa budget besar yang dimiliki Arsenal disamping tiada aksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan, pasti kita semua tertanya-tanya faktor apakah yang harus dimiliki oleh The Gunners untuk menarik Lionel Messi ke Utara London.

Mungkin itu juga pemikiran sama buat peminat Arsenal, yang mempunyai reaksi menarik terhadap khabar angin ini.