Connect with us

Arsenal

Arsenal tawarkan Bellerin kepada PSG.

Published

on

Pertahanan The Gunners telah ditawarkan ke PSG untuk perpindahan musim panas.

Hector Bellerin telah ditawarkan kepada Paris Saint Germain (PSG), lapor RMC pada Isnin malam.

PSG sedang berduka ketika ini setelah kecewa pada final Liga Juara-Juara yang menyaksikan mereka terlepas peluang untuk menjulang trofi tersebut buat julung kalinya selepas tewas 1-0 kepada Bayern Munich.

Kekalahan itu lebih perit dari biasa memandangkan mereka ditewaskan oleh pemain muda, Kingsley Coman (24 tahun) yang merupakan bekas pemain akademi mereka yang disingkirkan.

Advertisement
Coman menjaringkan gol kemenangan Bayern pada perlawanan tersebut.

Walaupun kalah, namun ia adalah satu peningkatkan buat pasukan Ligue 1 dan itu juga akan memberi mereka lebih banyak motivasi untuk melangkah lebih jauh dalam beberapa tahun akan datang.

Projek sebegini akan menjadi menarik untuk menjadi sebahagian daripadanya dan pertahanan Arsenal, Bellerin mungkin menyukainya.

RMC mengatakan pemain Sepanyol itu telah ditawarkan kepada PSG untuk perpindahan musim panas ini.

Laporan RMC semalam

Mereka percaya pemain berusia 25 tahun itu mungkin akan meninggalkan The Gunners sebelum jendela perpindahan kali ini ditutup, namu begitu, mereka tidak menjelaskan siapa yang melakukan tawaran itu, adakah benar Arseanl yang menawarkan Bellerin kepada PSG… ataupun PSG yang mahukan Bellerin.

Dalam masa yang sama, PSG turut menimbangkan situasi Bellerin mengenai rekod kecederaannya dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Rekod kecederaan Bellerin sepanjang bersama Arsenal

Advertisement