Connect with us

Arsenal

Arsene Wenger pengurus Belanda?

Published

on

Bekas pengurus Arsenal dikatakan berminat untuk menggantikan Ronald Koeman yang akan menyertai Barcelona.

Koeman dilaporkan bakal dilantik menjadi pengurus baharu Barcelona dan beliau juga dikatakan akan melepaskan jawatannya sebagai pengurus pasukan kebangsaan Belanda, yang dipegangnya semenjak 2018.

Dengan kekosongan yang bakal dikosongkan Koeman itu di kem Belanda, bekas pengurus lagenda Arsenal, Arsene Wenger dilaporkan berminat untuk mengambil alih tempat tersebut.

Menurut laporan dari Belanda yang dibawakan oleh Fox Sport, Wenger dikatakan menawarkan dirinya untuk menjadi pengurus pasukan kebangsaan Belanda sekiranya Koeman dilantik menjadi pengurus Barcelona.

Laporan Fox Sport Belanda.

Now that national coach Ronald Koeman is emphatically in the picture as a trainer at FC Barcelona, the first rumors about a possible replacement are being launched. Jan Joost van Gangelen is told during the Europa League broadcast that Arsène Wenger would have offered himself as national coach at the KNVB. Analysts Arnold Bruggink and Ronald de Boer shed their light on the possible arrival of the French trainer. – terjemahan melalui Google translate.

Wenger yang kini berusia 70 tahun telah bekerja sebagai Ketua Pembangunan Bolasepak Global di FIFA, jawatan yang dipegangnya selepas menamat tempoh pemerintahan 22 tahun sebagai pengurus Arsenal yang berakhir pada Mei 2018.

Advertisement

Wenger mengakui awal bulan ini bahawa beliau tidak menolak sebarang kemungkinan untuk kembali ke arena pengurusan setelah lebih dari dua tahun meninggalkan The Gunners.

Dan penyampai Fox Sports, Jan Joost van Gangelen melaporkan bahawa Wenger segera meletakkan dirinya sebagai calon untuk menggantikan Koeman sebagai bos Belanda.

Pengurus Belanda berusia 57 tahun itu dijangka mengambil alih peranan di kelab lamanya (Barcelona) setelah mereka memecat Quique Setien pada hari Isnin berikutan kekalahan memalukan dalam aksi Liga Juara-Juara mereka di tangan Bayern Munich.

Barcelona memecat Quique Setien selepas kekalahan memalukan dalam saingan Liga Juara-Juara ditangan Bayern.

Bekas pengurus Everton dan Southampton itu berjaya memimpin negaranya ke Kejuaraan Eropah musim panas seterusnya, serta kemenangan dalam Liga Bangsa-Bangsa UEFA.

Tetapi sekarang, beliau kelihatan bersedia untuk meninggalkan mereka, setelah godaan untuk menguruskan gergasi Sepanyol itu dilihat terlalu sukar untuk ditolak.

Advertisement

Sekiranya cadangannya diterima oleh FA Belanda, Wenger akan mengendalikan kempen Euro 2021 dan bukannya Koeman, di mana pasukan baharunya akan menentang Perancis (negara asalnya) dan mungkin juga akan menentang pasukan England, negara yang pernah beliau diami selama lebih dari dua dekad.

Laporan sebelum ini di Perancis (awal minggu ini) mendakwa bahawa Wenger menolak tawaran untuk mengambil alih Barcelona sebagai pengganti kepada Setien, tetapi peranan dalam bolasepak antarabangsa mungkin lebih sesuai dengan seleranya.

Adakah anda rasa Wenger benar-benar mahu kembali ke arena pengurusan?

Dan adakah beliau menawarkan dirinya kepada FA Belanda?

Advertisement