Connect with us

Liga Juara-Juara

Arsene Wenger yakin Kylian Mbappe akan cergas sebelum menentang Atalanta

Published

on

Arsene Wenger yakin pemain bintang Paris Saint-Germain itu akan sempat cergas perlawanan sebelum pertembungan Liga Juara-Juara Eropah menentang Atalanta.

Mbappe terpaksa dibawa keluar dalam perlawanan akhir Coupe de France menentang Saint-Etienne pada Jumaat lepas selepas mengalami kecederaan buku lali, yang sudah pasti meresahkan kelabnya adakah dia akan cergas dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara akan datang.

Pasukan bimbingan Thomas Tuchel akan menentang Atalanta pada 12 Ogos dalam pusingan kalah mati di Lisbon, dengan format timbal balik yang asal untuk menyokong pertandingan yang dikaji semula di tempat neutral di tengah-tengah krisis virus corona

Advertisement

PSG antara pasukan pilihan untuk memenangi pertandingan ini pada tahun ini selepas mendapat undian yang lebih memihak kepada mereka, dengan sama ada RB Leipzig atau Atletico Madrid akan menanti mereka di pusingan separuh akhir andai mereka dapat mengatasi lawan mereka ini di Portugal.

Mbappe menjaringkan 30 gol dalam 34 penampilan dalam semua pertandingan untuk juara Ligue 1 ini pada musim ini, tetapi Tuchel mengakui ia sesuatu yang ‘ajaib’ jika pemain utamanya ini sempat pulih untuk berdepan Atalanta.

Walaubagaimanapun, pemain tengah PSG Ander Herrera lebih optimistik dengan peluang rakan sepasukannya untuk beraksi, dengan memberitahu para wartawan selepas kemenangan perlawanan akhir Coupe de France menerusi penentuan sepakan penalti: “Kylian sangat penting dan saya pasti dia akan cuba untuk bermain.”

Wenger melaungkan komen Herrera, meluahkan kepercayaan dirinya yang pemenang Piala Dunia itu akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan dia kembali ke atas padang dengan keadaan fizikal terbaik.

Advertisement

“Saya sudah melihat apa yang telah terjadi kepadanya. Saya fikir dia akan bermain, dan saya fikir dia juga yakin mengenainya,” kata bekas pengurus legenda Arsenal ini kepada Europe 1.

“Sesuatu memberitahu saya yang dan saya sudah biasa melihat atlit-atlit terbaik bila mereka betul-betul mengalami kecederaan serius.

“Saya fikir ada bentuk keyakinan di situ, dengan memerhati dengan baik. Secara pratikal saya pasti dia akan bermain menentang Atalanta.

Mbappe, saya sangat mempercayainya.”

Advertisement

PSG menyingkirkan Borussia Dortmund dalam pusingan 16 pasukan terakhir untuk mara ke pusingan suku akhir, dengan menewaskan mereka secara agregat 3-2 sebelum krisis COVID-19 menghentikan pertandingan buat sementara pada bulan Mac.

Neymar menjaringkan gol-gol penting dalam kedua-dua perlawanan, dan dia dijangka bersedia mengambil tanggungjawab besar jika Mbappe tidak dapat mengetuai barisan hadapan.

Sementara itu, Atalanta menyingkir Valencia secara agregat 8-4 dalam pusingan pertama yang menarik untuk bertemu dengan PSG di pusingan suku akhir nanti.

Dalam Serie A Itali musim ini, Atalanta menamatkan musim di tempat ketiga di belakang Inter Milan dan juara liga Juventus.

Advertisement
Neymar bersedia untuk mengetuai barisan serangan PSG walau tanpa ketiadaan Kylian Mbappe