Connect with us

Info

Bagaimana nilai (value) sebuah kelab bolasepak dikira atau ditentukan?

Published

on

Pernah terfikir bagaimana sesebuah kelab bolasepak dinilaikan?

Bolasepak ialah sukan berpasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia.

Menurut laporan Sport Show, bolasepak telah mengumpul peminat seramai 3.5 bilion di seluruh dunia, menjadikannya sebagai sukan paling popular mengatasi sukan-sukan lain.

Dan jumlah itu memberikan peminat bolasepak seramai 44.9% daripada keseluruhan penduduk dunia yang berjumlah 7.8 bilion ketika ini (berdasarkan sumber daripada Worldometer).

Advertisement
Jumlah penduduk dunia ketika ini berdasarkan sumber worldometer.

Dengan populariti yang tinggi, sukan bolasepak ini juga menjadi satu perniagaan yang menarik untuk dijalankan dan dimiliki terutamanya di negara barat.

Cuma di negara kita ia adalah sedikit berbeza mengenai cara sesebuah kelab bolasepak itu dijalankan ataupun diuruskan.

Bolasepak bukan lagi rahsia di mana ia adalah satu perniagaan dengan kelab-kelab Inggeris sebagai contoh telah menjanakan ratusan juta ringgit setahun (semusim).

Namun kedatangan virus corona awal tahun ini, benar-benar mengganggu perjalanan bolasepak dan seterusnya menjejaskan pendapatan mereka.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan kelab bolasepak di dunia terjejas ketika ini akibat daripada penularan wabak tersebut, termasuklah di negara kita.

Advertisement

Dan ini juga memberi kesan kepada nilai (value) kelab itu sendiri ketika ini.

Artikel kali ini ditulis bertujuan untuk mencari dan menjelaskan pemacu utama nilai sesebuah kelab bolasepak dalam erti lain, bagaimana sesebuah kelab bolasepak itu dinilaikan.

Kelab bolasepak sama seperti dengan perniagaan lain di dunia, mereka dinilaikan dengan cara yang sama, namun oleh kerana ia tergolong dalam kategori sukan, terdapat nilai pemacu tertentu dan tambahan yang mempengaruhi bagaimana penilaian dibuat terhadap sesebuah kelab bolasepak itu.

Berikut adalah faktor-faktor pemacu utama yang diambil kira dalam menilai ataupun menentukan nilai sesebuah kelab bolasepak.

Advertisement

1. KEUNTUNGAN (Profitability)

Jika mengambil kira contoh dalam dunia korporat, pemacu ataupun nilai utama yang menjadi sebahagian besar faktor pengiraan adalah berdasarkan keuntungan diperolehi mereka dan berapa banyak wang yang dapat dijanakan untuk pemiliknya.

Insentif ini juga terdapat dalam dunia bolasepak dan semua kelab sukan tetapi pada tahap yang lebih rendah secara umumnya.

Keuntungan membolehkan pemilik perniagaan menikmati pendapatan mereka melalui dividen / pembayaran balik hasil pelaburan ke atas perniagaan mereka.

Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris pada masa kini sedang mengalami kerugian hingga besar, yang bermaksud pembayaran seperti itu (dividen) tidak akan mampu dibayar ataupun pemilik tidak akan menerima sebarang imbuhan daripada pelaburan mereka.

Walaupun nilai kelab telah meningkat dengan ketara berbanding sebelum ini, namun kedatangan wabak corona begitu memberi kesan kepada kelab dalam menjanakan pendapatan serta mengukuhkan kewangan kelab.

Advertisement

Sebelum kedatangan wabak corona, kelab bolasepak menjana pendapatan berjuta-juta ringgit atau mungkin berbilion-bilon ringgit.

Ini kerana kelab bolasepak sering dilihat sebagai pelaburan, memperolehi nilai mereka dari peningkatan nilai kelab itu sendiri hasil ataupun melalui peningkatan modal dan bukannya mengambil ekuiti dari keuntungan setiap tahun. Statistic: Premier League clubs ranked by revenue in 2018/19 (in million U.S. dollars)* | Statista

Graf diatas adalah sebagai contoh – keuntungan yang dicatatkan oleh kelab bolasepak Inggeris.

2. PENDAPATAN (Revenue)

Kelab bolasepak secara amnya mengalami peningkatan pendapatan dari tahun ke tahun kerana populariti dan prestasi yang memuaskan dalam permainan dan persembahan, faktor ini meningkatkan lagi pendapatan kelab dengan ketara.

Ia menjadikan kelab lebih berharga bagi pemiliknya kerana aliran masuk tunai terus meningkat.

Ini juga akan meningkatkan permintaan untuk menjanakan lebih tinggi hasil (pendapatan) yang signifikan kerana dapat menerima hak dan hasil penyiaran (broadcasting), komersial dan pendapatan hasil kutipan tiket terus meningkat – kehadiran penonton di stadium.

Advertisement

Peningkatan pendapatan yang dijanjikan dan pertumbuhan yang melebihi kos, bererti sama ada cepat atau lambat, keuntungan (yang telah mereka mulai janakan) akan diperolehi, yang mana ianya akan membolehkan pemilik menikmati kenaikan nilai kelab melalui pertumbuhan modal mereka serta keuntungan segera.

3. Prospek / Pertumbuhan

Seperti disebutkan di atas, sebarang peningkatan pertumbuhan juga kemungkinan dapat meningkatkan lagi nilai sesebuah kelab bolasepak.

Sesebuah kelab yang mempunyai ‘graf kenaikan yang sentiasa mencanak ke atas’ akan dilihat sebagai prospek besar bagi golongan kaya/berkemampuan untuk melabur.

Ini merangkumi kemampuan kelab untuk memiliki sekelompok pemain muda atau remaja (pool of young talent) yang hebat untuk dieksploitasi atau komuniti tempatan yang menginginkan zaman kegemilangan dikembalikan.

Point ini juga menerangkan kemampuan sesebuah kelab untuk memiliki ahli pasukan ataupun skuad yang sudah kuat/mantap, yang mana ia akan diterangkan dan dibincangkan di bawah.

Advertisement

3. PRESTASI SEMASA

Sebagaimana disebutkan diatas, kelab bolasepak samalah seperti perniagaan lain, yang mana hidup dan mati syarikat/kelab akan ditentukan oleh prestasi mereka.

Dan faktor ini dapat mempengaruhi nilai tersebut dengan ketara.

Sebagai contoh, dengan kenaikan ataupun promosi kelab dari liga bawahan ke peringkat lebih tinggi, ia benar-benar dapat meningkatkan nilai kelab sebagaimana (contoh) kelab yang bersaing di peringkat Kejuaraan (Championship) dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris, dapat meningkatkan pendapatan kelab melebihi £ 100 juta dengan serta-merta.

Contoh yang sangat baik ialah Bournemouth, walaupun terdapat kekangan dari segi saiz stadium (yang mana ia juga mempengaruhi pendapatan hari perlawanan) dan jumlah peminat (fan base), namun ia telah menyaksikan pendapatan mereka meningkat dari £ 5.2 juta pada tahun 2013 (ketika berada di Liga Satu – League One) kepada £ 136.5 juta pada tahun 2017, pertumbuhan tahunan sebanyak 92%, yang mana ia adalah satu kadar peningkatan yang luar biasa.

Namun, corak sebaliknya boleh berlaku kerana sekiranya pasukan diturunkan liga (saingan), yang mana ia akan melihatkan kejatuhan nilai kelab sama seperti perniagaan lain yang tidak mempamerkan prestasi cemerlang dalam urusan perniagaan mereka dalam beberapa tahun.

Rekod penampilan Bournemouth dalam Liga Inggeris

Dan rekod kejatuhan menyaksikan beberapa kelab mengalami penurunan nilai kelab itu sendiri, yang mana ia turut menjejaskan pendapatan kelab.

Pendapatan kelab (Sunderland) mengalami penyusutan mendadak bermula pada musim 2016/17 ekoran prestasi tidak baik mereka.

Advertisement

Dan pendapatan kelab teruk terjejas pada musim berikutnya selepas mereka tidak lagi bersaing dalam saingan tertinggi liga bolasepak Inggeris.

Pendapatan hasil penyiaran (broadcasting) mula berkurangan dan kadar kutipan tiket pula menurun sebanyak £ 2.4 juta, penurunan di bawah 25%.

Nilai keuntungan / kerugian yang dicatatkan Sunderland untuk tempoh tujuh tahun.

Nilai tajaan juga jatuh menjunam dengan penyusutan sebanyak 80%, sementara hasil komersial dan runcit turun sekitar 35%.

Jelas prestasi semasa memainkan peranan penting dalam peningkatkan dan penyusutan nilai kelab, yang turut sama menjejaskan pendapatan.

Prestasi Sunderland dalam saingan bolasepak Inggeris.

4. KEKUATAN KESEBELASAN UTAMA PASUKAN

Nilai Pasukan Paling Berharga di dunia menurut Transfermarkt.

Skuad yang kuat sangat penting untuk prestasi dan pendapatan kelab, dengan skuad yang kuat juga ia akan meningkatkan prospek memenangi piala, promosi dan kempen yang kuat pada umumnya.

Pemain-pemain juga merupakan aset perniagaan yang boleh dijual dengan nilai yang besar dan hari ini, kita dapat menyaksikan (sebelum kedatangan wabak corona) kelab membelanjakan sejumlah besar wang dalam perpindahan pemain.

Hasil penjualan pemain itu juga membolehkan pemilik mendapat keuntungan dan ini juga menjelaskan dimana pemilik kelab kurang bercita-cita tinggi dalam mencapai kejuaraan bolasepak, sebaliknya melihat bolasepak itu sendiri satu perniagaan (jual beli).

Advertisement

Ini juga bermaksud bahawa pemilik tidak perlu melaburkan lebih banyak wang tunai mereka sendiri untuk kelab setelah membeli sesebuah kelab itu, kerana dana yang diperolehi dari penjualan pemain dapat dilaburkan semula dalam skuad utama dan kelab secara keseluruhan.

Pemain juga merupakan antara aset kelab yang paling bernilai dan ini juga sedikit sebanyak mempengaruhi nilai sesebuah kelab tersebut.

5. PANGKALAN PEMINAT (FAN BASE) / MEDIA SOSIAL
Dimanakah penyokong anda (kelab bolasepak) berada?

Media sosial adalah sebahagian besar dari kehidupan seharian kita pada masa kini dan nilai organisasi dapat berkembang pesat berdasarkan ‘kekuatan’ media sosial mereka (kelab bolasepak).

Kandungan dalam talian yang sentiasa ada (aktif) mampu meningkatkan pengikut dan peminat sosial mereka, dengan generasi sekarang lebih cenderung untuk menyokong pasukan yang gemari melalui interaksi berterusan di media sosial.

Sekadar menggunakan contoh untuk akaun kewangan kelab Liga Perdana Inggeris – Jumlah pengikut media sosial mereka menjadi petunjuk prestasi utama kerana kelab mempunyai jalan singkat mencari dana / pendapatan melalui pengikut sosial mereka dengan penjualan barang dagangan yang lebih baik dan mudah.

Malah jumlah pengikut media sosial sesebuah kelab juga mampu untuk menjanakan pendapatan lebih baik dengan mampu memperolehi kontrak pengiklanan yang lebih besar.

Advertisement

Ukuran pangkalan peminat kelab menunjukkan potensi pertumbuhan kewangan masa depan dimana pangkalan peminat yang semakin meningkat dan membesar mampu merangka hasil pendapatan selain akan meningkatkan nilai kelab.

Data diperolehi adalah untuk/ pada 24.11.2019 bagi musim 2019/2020. SafeTicketCompare.com membandingkan harga tiket dari 5 pembekal utama tiket bola sepak terkemuka di pasaran tiket sekunder. Hanya pasukan yang menjual secara rasmi setiap permainan termasuk dalam 10 teratas.

Pangkalan peminat yang besar bermaksud pendapatan hari perlawanan akan meningkatkan dan produk runcit kelab juga pasti akan mendapat permintaan tinggi.

Jika semua itu berterusan dalam tempoh agak lama, sudah pasti ia akan membawa kepada pemilikan ataupun pembinaan stadium baharu dan harga yang tiket lebih tinggi (sebagai contoh Arsenal dahulu dan terkini Tottenham yang memiliki stadium baharu), dengan itu ia akan meningkatkan lagi keuntungan dan pendapatan, sekaligus menjadi pemacu utama nilai sesebuah kelab.

6. NAFUS DAN KEINGINAN (PASSION)

Akhir sekali, walaupun point ini tidak memberi secara langsung kepada nilai kelab, namun ia sebenarnya adalah yang akan menentukan kenaikan dan kejatuhan nilai itu sendiri.

Bakal pemilik / pemilik semasa kelab juga merupakan peminat bolasepak – Ini adalah paling penting!

Nilai sebuah kelab dapat melambung tinggi di mana pemiliknya adalah peminat seumur hidup, atau calon pembeli – ini bermaksud ia adalah satu-satunya kelab yang mereka (pemilik/pembeli) mahukan.

Advertisement

Individu yang mempunyai kekayaan untuk membeli sesebuah kelab, mungkin tidak melihat kelab itu sendiri sebagai pelaburan dan mungkin menganggapnya sebagai puncak matlamat hidup; dan dengan demikian mereka sedia untuk mengeluarkan ataupun menguruskan dengan begitu baik dalam sebarang kemungkinan demi menjami kehebatan pasukan/kelab.

Berikut adalah Top 10 jenama Paling Bernilai bagi pasukan bolasepak berdasarkan Brand Finance.

Brand Finance Football Annual 2020

Sumber Rujukan:

  1. Top 10 Most Popular Sports in The World (Updated 2020)
  2. NBC Sports
  3. Rokerreport
  4. SafeTicketCompare.com
  5. BrandFinance

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply